Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bibir & Siku Saya Kena Jahit…”- Nash Dedah Keadaannya Selepas Kemalangan

Syafiqah Jalal
21/04/2021 00:20 MYT
Penyanyi terkenal tanah air Datuk Nash mendedahkan keadaannya beransur baik selepas terlibat dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pada jam 4 petang, semalam.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias berkongsi mengenai keadaannya yang terkini ketika berada di hospital di dalam sebuah video yang dihantar kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz.

“Bibir saya atas dan bawah kena jahit termasuk siku juga.

“Apa-apa pun tidak lah teruk sangat…Cuma saya sakit satu badan.

“Terima kasih Fizz di atas doanya kerana doa dari seorang sahahat itu adalah yang mustajab,” katanya.

Fizz berkongsi video tersebut di akaun Instagram miliknya.

Suami kepada Datin Almy Nadia itu turut meminta semua mendoakan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajah Mu itu.

“Mohon kita sama-sama berdoa agar beliau sihat seperti biasa.. Insya-Allah doa dari semua, beliau akan sihat secepat yang mungkin,” pintanya.

Difahamkan kereta Toyota Harrier yang dinaiki bekas vokalis Kumpulan Lefthanded bersama pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur sebelum kemalangan di KM 250.8, (PLUS) arah utara.

Nash kemudian dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

#Penyanyi #Sakit #Kemalangan #hospital #Nash
;