gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
HIBURAN
Bergelut Sebutan Bahasa Melayu, Kat Roshan; "Saya Dah Cuba Sedaya Upaya"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Bibir Tebal Dikata Sama Macam Vida, Iman Troye Tak Kisah Pun! - "Mata Orang Beza-Beza"

Amri Hassan
Amri Hassan
03/09/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Bibir Tebal Dikata Sama Macam Vida, Iman Troye Tak Kisah Pun! - "Mata Orang Beza-Beza"
Penyanyi muda, Iman Troye tidak kisah seandainya ada segelintir warganet menyamakan wajahnya dengan mogul kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Jelas Iman, dia terbuka dan menerima pendapat orang ramai itu dengan baik biarpun secara peribadi melihat wajahnya dan DSV tidak sama.
"Oh mama (panggilan Vida) saya. Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama.
"Saya sendiri lihat wajah kami tidak sama, tapi kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza. Saya terima sahaja pendapat orang," katanya kepada Gempak.
Iman berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records 'Most Straight A's SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.
Ditanya bahagian manakah yang dikatakan sama dengan wajah Vida, Iman berseloroh; "Mungkin bibir kami nampak saya... mungkin teknik solekan dan disebabkan saya pakai braces sekarang nampakkan bibir lebih mungil."
Dalam pada itu, pelantun lagu Teman itu turut memuji keperibadian DSV yang disifatkan sangat peramah.
"Kadang-kadang saya jumpa dia pun kami saling bertegur dan dia sangat mesra. Dia baik sangat-sangat dan juga peramah.
"Tidak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya comel jugalah," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#DSV
#Vida
#Bibir
#Iman Troye
#PTTI
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement