Hiburan
Bibir Terkoyak! Anak Fazren Rafi Selamat Jalani Pembedahan, Tapi ...
Anak ketiga pelakon Fazren Rafi, Rizqeen Humaira telah selamat menjalani pembedahan menjahit bibir terkoyak.
Menerusi perkongsian di Instagram pelakon itu, anaknya terjatuh dan terlanggar bucu tangga pada hujung minggu lalu.
"Sudah jatuh ditimpa tangga, dalam perjalanan balik kampung kereta rosak.
"Sampai kampung, dia terjatuh kena bucu tangga bibir koyak. Nasib baiklah budak ni kuat tak menangis lama," tulis Fazren.
Bagaimanapun, Fazren turut memuat naik keluhannya berdepan jumlah bil perubatan yang mencecah RM4,000 sepanjang tempoh rawatan anaknya itu.
"Sekarang memang trend bil kena ribu-ribu? Ingatkan kena dalam RM1,000 je, rupa-rupanya...
"Tahun lepas, wife demam je. Dia punya bil sampai RM14,000. Ke sebab insurans?" soal Fazren.
Fazreen dan isteri yang berkahwin pada Mei 2011 itu telah dikurniakan empat orang cahaya mata Rizqin Qayyum, Rizqin Uwais dan Risqeen Humaira dan Rizqin Haq.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fazrenrafi
Must-Watch Video