Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

Awani
18/09/2024 02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.

Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Selain itu turut dilihat petugas keselamatan mahkamah melakukan kawalan di sekitar pintu masuk hadapan kompleks ini.

13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

BERITA TRENDING: Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around”

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Hak Jagaan Adik Zayn Rayyan Diserah Kepada Nenek Saudara

BERITA TRENDING: Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

BERITA TRENDING: Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut ditahan polis pada 31 Mei sebelum direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian


#Mahkamah #Rayyan #Zayn Rayyan #Zayn #tumpuan