Bienda Syukur Hajat Arwah Adik Nak Tunai Umrah Tercapai - “Sampai Menangis Masa Tahu Nak Cancel…”
Asyikin Mayudin
01/04/2024 08:55 MYT
01/04/2024 08:55 MYT
Penyanyi Bienda meluahkan rasa syukur apabila hajat Allahyarham adiknya iaitu Nurfazlinda Ahmad Fazli untuk menunaikan umrah tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Khamis lalu.
Menurut Bienda, dia sangat gembira melihat adiknya fokus beribadah dan juga berjaya khatam Quran sehari sebelum mereka berangkat balik ke Malaysia.
“Alin adik kak Biena yang paling cantik. Alin nak sangat pergi umrah waktu ni walaupun waktu tu kak Bienda last minute nak cancel dan tunda trip umrah tu tahun ni tapi nak jadikan cerita memang trip umrah tu jemputan untuk Alin rupanya.
“Tak tahu kak Bienda kalau Alin memang betul-betul nak pergi. Sampai menangis masa tahu nak cancel tambahan siap dia survey travel umrah lain nak pergi sendiri.
“MasyaAllah, rezeki tak pernah salah alamat. Allah SWT jemput Alin pergi waktu itu dan memang nampak effort Alin dalam ibadah. Sebab syarat kak Bienda satu saja, you kena khatam Quran then kita pergi.
“Bersungguh-sungguh la Alin baca dari Malaysia sampai ke Makkah then sampai ke Madinah walaupun ada waktu Alin demam on off. Alhamdulillah, Alin khatam sehari sebelum kami berangkat balik Ke Malaysia di Kunafa Reef,” katanya.
Mahu Tunai Umrah Bersama Abang
Pada perkongsian yang sama, Bienda turut memberitahu arwah pernah berhajat untuk menunaikan umrah bersama abang mereka iaitu Hafiz.
“Trip umrah pertama Alin. Gembira dia bila nampak Abang Bismie Amer kat airport. Dia cakap ‘ha lepas ini Alin adalah gambar yang cantik’. Sebab abang Bismie ini content creator, Mutawiff VVIP.
“Confirm cantik video Alin. Banyak hajat dan doa Alin kat Tanah Suci masa itu. Pasti besar doa dan hajatnya. Sampai Bienda tanya lepas doktor diagnosed Alin kanser hati.
“Bienda tanya dia ‘you doa apa Alin masa kat sana? Besar sangat hajat dan doa you ini’. Dia cuma senyum dan beritahu nak bawa abang Hafiz (abang Bienda) pergi umrah juga. Itu antara hajatnya.
“Jadi, Bienda cakap sehari sebelum Alin pergi dan itulah kali terakhir kak Bienda dapat cakap dengan Alin dan Alin respons macam biasa. Insya-allah Alin sihat saja kita pergi. Alin, abang Hafiz, kak Bienda,” kongsinya.
Hajat Tak Kesampaian
Bagaimanapun, hajat Nurfazlinda atau mesra disapa sebagai Alin itu tidak kesampaian disebabkan arwah meninggal dunia akibat kanser hati.
“Tapi Allah SWT lebih sayang Alin. Alin pergi yang paling awal dari kita adik-beradik. Sampai semua terkejut dan tak percaya Alin dah tak ada.
“Kak Bienda cakap Alin dah tak ada, tempat Alin sekarang tempat yang paling baik,” katanya lagi.
Anak ketiga kepada penyanyi dangdut, Sheeda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.
BERITA TRENDING: “Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10
#Sheeda
#Bienda
#Penyanyi Dangdut
#Anak Sheeda
#Anak Sheeda meninggal
#Adik Bienda
#Adik Bienda meninggal