Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Big Stage 2019: Adzrin VIVO Of The Week Di Minggu Ke-6!

Syafiqah Jalal
29/09/2019 18:35 MYT
Penyanyi Adzrin telah dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu keenam Big Stage 2019.

Pemenang VIVO BBNU Of The Week dari konsert keenam itu diumumkan di konsert ketujuh program realiti Big Stage 2019 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Adzrin telah menerima plak penghargaan dari VIVO selepas selesai persembahannya di minggu ketujuh.

VIVO BBNU Of The Week dipilih selepas menerima undian tertinggi sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik pada minggu itu.

VIVO BBNU Of The Week boleh diundi menerusi bigstage.gempak.com dan undian dibuka selama seminggu bermula pada penghujung konsert minggu lalu sehingga hari Ahad jam 6 petang.

Minggu lalu menyaksikan 8 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan berentap di pentas pembukaan Big Stage 2019.

Pada minggu ini, vokalis kumpulan Spider, Tam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2019 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

#Vivo #Adzrin #Big Stage 2019