BIG STAGE S2 BM
Big Stage 2019: "Saya Dah Study & Faham Maksud Lagu Janam Janam.. Bukan Main Nyanyi Sahaja" - Kucaimars
Penyanyi Kucaimars akui gugup apabila ditanya oleh juri tetap Big Stage 2019, Judika mengenai maksud lagu Hindustan yang dinyanyikannnya, Janam Janam pada Ahad lalu.
Jelas Kucaimars akibat terlampau gementar, dia tidak memberi jawapan yang tepat kepada Judika.
"Apabila Judika tanya apa maksud Janam, saya terus 'blank'.
"Saya nak beri jawapan penuh tetapi ketika itu saya sendiri gugup jadi saya jawab sahaja 'kemana'.
"Saya mohon maaf kerana tidak memberi jawapan yang tepat," katanya kepada Gempak.
Kucaimars ditemu bual selepas tamatnya konsert keempat Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Kucaimars menegaskan dia sudah memahami lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya.
"Sebenarnya lagu ini memang liriknya mengenai lelaki yang mencari kekasihnya.
"Tapi saya ambil maksud 'kemana' itu untuk menerangkan maksud Janam.
"Tetapi mungkin orang ramai yang tersalah sangka dengan jawapan saya itu.
"Lagipun memang saya dah 'study' dan faham maksud lagu itu untuk saya ambil 'feel' lagu itu sebelum membuat persembahan. Tak adalah saya main nyanyi sahaja," katanya lagi.
Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.
Fieya Julia telah diumumkan tersingkir untuk minggu keempat.
Walau bagaimanapun, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keputusan menggunakan imunitinya justeru Fieya terselamat pada minggu ini.
10 peserta melangkah ke minggu kelima dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Cannot Brain.
Jaclyn Victor diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.


Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Must-Watch Video