Konsert Big Stage 2020 membuka tirai dengan 12 peserta mempamerkan persembahan pengenalan kepada semua penonton.

Bertemakan starter pack, 12 peserta membawakan lagu-lagu yang melambangkan identiti mereka.

Nana Sheme, Amir Hasan dan Hafiz Zainal diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah.

Amir Hasan menjadi bintang BBNU pertama yang diumumkan tersingkir namun berjaya diselamatkan untuk mara ke minggu kedua.

Hael Husaini diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memikul tanggungjawab juri tetap.

Manakala Neelofa pula mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk bertindak sebagai presiden netizen.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional dan undian peminat secara online serta komen-komen yang telah diberikan:

1. Azzam Shah - 81.6% (Salam Sejahtera)

Dayang Nurfaizah: Nada dia sedap didengar, terutamanya high note part chorus. Cuma awak masih nampak takut je atas stage. Nampak nervous tapi saya faham ni minggu pertama. Saya tak sabar tunggu minggu kedua.

2. Qody Rany - 78% (Dia)

Faizal Tahir: Saya rasa awak tahu awak boleh menyanyi. Personaliti dan feel tu penting.

3. Usop - 76.8% (Selamanya)

Faizal Tahir: Untuk minggu pertama personaliti orang berbeza. Expectation saya tak tinggi jadi saya sikit-sikit bina. Tekanan setiap orang berbeza jadi saya beri kelonggaran sikit minggu pertama ni.

Hael Husaini: Tahniah, awak buat dengan baik. Cuma saya tak faham kenapa awak nak rebrand sebab saya suka Usop sebagai Usop.

4. Sandra Dianne - 74.2% (Hey Kau)

Faizal Tahir: Saya rasa awak dalam industri dah lama untuk tahu is bukan mudah. Saya penah tgk awak perform lebih baik dari ni. Saya suka tone awak. Awak patut ambil peluang ni untuk kukuhkan nama awak yang saya tak berapa nampak lagi.

5. Fadh Majid - 73% (Kenangan Lalu)

Ajai: Bila lagu balad, qasidah tak boleh digunakan sebab dia jadi sumbang. Awak tak pegang nada tu betul-betul.

Dayang Nurfaizah: Memang boleh menyanyi dan nada suara sedap. Cuma kalau dengar balik, ada tempat yang tak perlu letak rasz. Saya faham konsert pertama kita nak bagi all out cuma pentingnya ada kejujuran dalam buat persembahan.

6. Yamani Abdillah - 68.6% (Usang)

Faizal Tahir: Awak boleh menyanyi dan menjual diri dengan baik. Saya sebagai juri mencari pakej keseluruhan dan boleh dijual dengan baik dalam industri.

Hael Husaini: Awak tiada masalah vokal, semua on point dan saya setuju apa Faizal cakap. Bila awak keluar nanti branding diri awak tu kena cari.

7. Dinie Rashid - 68.4% (Bukan Cinta Aku)

Ajai: Penghayatan dah tepat. Jangan anak tirikan nada rendah. Awak perlu bagi energi yang sama seperti awak nyanyi nada tinggi.

8. Hanie Soraya - 66% (Hingga Hujung Dunia)

Ajai : First note awak sumbang. Kena tahu key yang tepat. Kemungkinan awak gementar tapi jangan dia menutup persembahan awak.

Dayang.Nurfaizah: Dia first, agak susah sikit. Ini lagu Hanie sendiri dan saya suka kreativiti Hanie cuma dia tak strong untuk saya sebagai lagu konsert pertama.

9. Farisha Iris - 65% (Tak Malu)

Ajai: Awak ni ada karakter nada yang berbeza. Budak ni boleh pergi sebab nada dia fresh.

Hael Husaini: Awak nampak sangat comel dengan persembahan. Saya enjoy dan suka usaha awak untuk menari.

10. Nana Sheme - 57.4% (Hantu Atau Buaya, Boleh Blah)

Ajai: Tiada tanda nokhtah dalam muzik dan awak harus belajar lagi.

Dayang Nurfaizah: Tone dah menarik tapi persembahan tadi lemah. Sayang sangat sebab konsert pertama ni saya anggap sebagai peluang orang lebih kenal awak.

11. Amir Hassan - 57.2 % (Akad)

Ajai: Awak kacak, sedap mata memandang tapi tak sedap telinga mendengar. Menyanyi ni bukan hobi tapi kena ada bakat. Banyak awak kena perbetulkan dalam nyanyian, lontaran suara kena power. Pitching kena betul. Kalau awak semangat, awak boleh belajar lagi.

Hael Husaini: Bila tengok awak saya nampak diri saya awal karier. Jangan takut untuk mencuba dan cari karakter dan perbaiki.

12. Hafiz Zainal - 55% (Fly Me To The Moon)

Ajai: Awak menyanyi dari awal sampai akhir, sumbang. Next time jangan perasan, kena sentiasa peka. Pada saya, penyanyi tak boleh salah nada. Stop je kalau nada dah salah.

Faizal Tahir: Awak buat souncheck? Kalau macam tu saya tak boleh tolong awak. Buat soundcheck perlu untuk kita tahu apa yang kita nak.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.