Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Big Stage 2022: Danial Chuer Tak Nak Fokus Menyanyi Saja, Nak Cuba…

Izwan Isa
31/03/2022 09:20 MYT
Bukan mudah untuk kekal relevan dalam industri muzik, apatah lagi jika usia sebagai anak seni baru setahun jagung. Begitulah yang diakui oleh pemenang tempat kedua Big Stage 2022, Danial Chuer apabila bercakap soal keberadaannya dalam bidang hiburan.

Menurut penyanyi asal Sabah itu, dia ingin cuba melebarkan sayap kariernya ke bidang seni yang lain bagi mengekalkan momentum Big Stage 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirai hujung minggu lalu.

“First thing first, saya mahu lancarkan single baharu yang saya cipta sendiri. Kemudian, selain hanya fokus pada bidang nyanyian semata-mata, saya mahu cuba mengacara dan juga pergi ke uji bakat lakonan.

“Dengan umur saya dan peluang lepas Big Stage 2022, ia merupakan tiket yang baik untuk saya cuba segalanya. Mana yang sesuai, kita fokus tetapi buat mas ini, kita cuba semua,” kongsinya kepada Gempak.

Mengulas lanjut mengenai lagu yang bakal diluncurkan tidak lama lagi bersama Aries Music, Danial berkata, lagu berkenaan masih lagi berputar dalam paksi balada.

“Lagu tersebut saya tulis sendiri. Ia merupakan sebuah karya heavy ballad yang meruntun jiwa. Sebab sekarang kan orang memang suka dengar lagu sedih yang boleh relate dengan mereka. Saya pun suka dengan lagu yang saya boleh relate.

“Bila kita tulis lagu daripada hati dan kita nak sampaikan ke hati orang lain yang ada pengalaman serupa dengan kita, insya-Allah ia boleh jadi,” katanya lagi.

Danial menerima wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi hasil kemenangan tempat keduanya pada malam kemuncak Big Stage 2022 tempoh hari.

Elica Paujin bergelar juara, manakala Aisha Retno, Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing meraih tempat ketiga, keempat dan kelima.

#Berlakon #Menyanyi #Lagu #Mengacara #Big Stage 2022 #Danial Chuer #Hosting
;