Terkini

Big Stage 2022: “Dia Tak Boleh Menyanyi, Tapi Dia Ada…” - Ajai Beri Sebab Bagi 5 Markah Pada Iqbal

gempak
Izwan Isa
07/02/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
Big Stage 2022: “Dia Tak Boleh Menyanyi, Tapi Dia Ada…” - Ajai Beri Sebab Bagi 5 Markah Pada Iqbal
Juri tetap Big Stage 2022, komposer dan penyanyi Ajai memberi justifikasi terhadap markah yang diberikan kepada peserta misteri, Iqbal Zulkefli pada konsert pertama program berkenaan semalam.
Menurut Ajai, Iqbal tidak mempunyai masalah tone deaf, tetapi dia tidak mempunya warna dalam nyanyiannya.
BACA: Teka-Teki Terjawab! Iqbal Zulkefli Peserta Ke-12 Big Stage 2022, Ajai Bagi 5 Markah Jer Manakala TokTi..
“Kadang-kadang, kita kena fikir yang hari ini, semuanya berpaksi pada ‘content’ agar benda tak menjadi suram. Nama pun hiburan, bila cakap pasal hiburan, setiap tahun muzik akan jadi macam fesyen baju, perlu ada perubahan.
“Kita tak harapkan nyanyian yang bagus-bagus seperti generasi yang pernah kita dengar dulu seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, arwah Siti Sarah, Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip. Sekarang generasi baharu dan setakat itu sahaja kemampuan nyanyian mereka.
“Macam saya kata, 50 peratus asas nyanyian mesti kena ada. Sekurang-kurangnya kamu tidak tone deaf. Saya bagi Iqbal lima peratus sebab dia tidak tone deaf. Tapi apabila menyanyi, dia tidak mempunyai warna.
“Dia tidak hidupkan lagu yang dibawakan. Apa yang boleh saya katakan, dia tidak boleh menyanyi, tetapi dia ada commercial value,” ujar Ajai kepada Gempak.
BACA: Kejutan! Datuk Seri Vida Diumumkan Sebagai Presiden Netizen Big Stage 2022
Ketika konsert pertama Big Stage 2022, penonton dikejutkan dengan pengenalan pesohor Iqbal Zulkefli sebagai peserta ke-12. Hal ini menimbulkan kekecohan kerana ramai yang menyifatkan Iqbal tidak boleh menyanyi.
Lebih menghangatkan keadaan, Datuk Seri Vida (DSV) turut diumumkan sebagai Presiden Netizen bagi Big Stage 2022.
Terdahulu, kecoh diperkatakan hubungan cinta antara DSV dan Iqbal yang dikatakan terputus di tengah jalan. Kemudian, masing-masing berbalah di media sosial sehingga kerap menyorot perhatian netizen.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham. Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live