Big Stage 2022: “Saya Reti Juga Pasal Muzik” - Vida Jawab Kenapa Dia Beri Komen Pada Peserta, Bukan Baca Tweet
Izwan Isa
21/02/2022 05:50 MYT
21/02/2022 05:50 MYT
Umum mengetahui posisi utama Datuk Seri Vida menerusi konsert mingguan Big Stage 2022 adalah sebagai Presiden Netizen. Saban minggu, tugasnya adalah membacakan ciapan-ciapan berkaitan program berkenaan yang dikongsia oleh netizen.
Namun, pada penganjuran konsert ketiga Big Stage 2022 semalam, Vida dilihat kurang membaca komen-komen menerusi ciapan yang dihantar oleh netizen di Twitter. Sebaliknya, dia memberi komen dan kritikan kepada peserta yang telah membuat persembahan mengikut pandangan peribadinya.
Hal ini menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen yang mempertikaikan tindakan Vida sebagai sesuatu yang kurang bersesuaian dengan tugas hakikinya.
Berkesempatan bertemu dengan Vida selepas konsert berlangsung, pemilik nama lengkap Hasmiza Othman, 52, itu berkata, dia tidak berniat untuk tidak membaca ciapan yang telah ditapis oleh pihak produksi sekaligus mengabaikan tanggungjawab sebagai Presiden Netizen.
Kongsi Vida, dia memberikan komen berdasarkan pandangannya kerana ciapan yang ditapis tidak bercerita tentang persembahan para peserta secara keseluruhan.
“Ya betul tugas saya membaca tweet berkenaan dengan persembahan peserta Big Stage 2022. Tetapi, banyak sangat tweet yang dihantar bercerita tentang saya dengan Iqbal. Saya tidak mahu lagi menimbulkan isu.
“Jadi, apa yang boleh saya buat adalah memberikan komen kepada persembahan mereka,” ujar Vida kepada Gempak.
Ditanya adakah dia mempunyai kelayakan untuk berbuat demikian, Vida berkata: “Saya reti juga pasal muzik. Saya juga seorang pencinta lagu. Tak tahu ke saya dalam industri ni dah lama? Nak suruh saya sampai ada ijazah ke?” katanya lagi.
Dalam pada itu, Vida turut tidak bersetuju dengan penyingkiran Lia Aziz pada malam tersebut.
“Bagi saya, yang kurang menyerlah Megat Rahim. Mungkin markah juri berpihak padanya. Lia Aziz perform lebih baik dan persembahannya juga ok menurut saya,” tutur Vida yang turut menamakan Aisha Retno sebagai pilihannya untuk bergelar juara.
BACA: Big Stage 2022: Gagal Tunjuk Something Special, Lia Aziz Tersingkir Minggu Ketiga
Terdahulu, Lia Aziz diumumkan sebagai peserta kedua yang terpaksa meninggalkan Big Stage 2022. Ketika persembahan, Lia membawakan lagu Kisah Hati daripada Datin Alyah.
Seramai 10 lagi peserta yang bakal meneruskan perjuangan menerusi Big Stage 2022 ialah Tuah Adzmi, Yazmin Aziz, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno.
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).