Big Stage 2022: “Suara Saya Jadi Lebih Clear” - Elica Terharu Hael Husaini Sudi Beri Pinjam Mikrofon Ketika Menyanyi Duet Bersama
Izwan Isa
28/03/2022 07:50 MYT
28/03/2022 07:50 MYT
Semalam, penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin dinobatkan sebagai juara program Big Stage 2022. Membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi, Elica mengakui bersyukur dengan kemenangan tersebut.
“Saya berasa sangat bersyukur sebab ada sokongan yang kuat daripada penyokong. Tidak lupa kepada para juri yang banyak beri tunjuk ajar dan ilmu selama ini. Mereka banyak bagi input dan pelajaran berguna tentang dunia hiburan.
“Selain itu, mereka juga banyak memberi nasihat untuk saya lebih bijak mengatur langkah pada masa depan sebagai seorang anak seni,” katanya kepada Gempak.
Elica berkata, dia mahu menggunakan wang kemenangannya itu untuk membantu ibu bapanya selain mengadakan showcase untuk peminat di Sabah.
“Kalau boleh, saya mahu adakah showcase di sana. Sebab peminat di Sabah tak dapat terbang ke Kuala Lumpur untuk menonton saya. Jadi, tak salah rasanya saya kelolakan sebuah persembahan buat mereka,” ujar Elica lagi.
Ditanya tentang mikrofon berwarna merah yang digunakan pada persembahan kedua, Elica berkata, ia merupakan mikrofon milik Hael Husaini.
“Mikrofon tu milik Hael… bila guna nyanyian sama sahaja tetapi suara saya jadi lebih clear. Saya tersentuh kerana dia sanggup beri pinjam mikrofon berkenaan. Mula-mula takut juga nak pegang sebab mahal kan. Tapi, saya sangat berterima kasih kepadanya kerana dia sudi beri saya guna. Ada aura AJL lagi!” ujar Elica lagi.
Selain Elica, tempat kedua diraih oleh Danial Chuer sementara Aisha Retno selesa di tempat ketiga. Sementara tempat keempat dan kelima diisi oleh penyanyi Yazmin Aziz dan juga Tegar Septian.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.