Konsert pertama pertandingan nyanyian Big Stage 2022 telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sebentar tadi.

Seramai 12 peserta berasal dari Malaysia, Indonesia dan Brunei memulakan langkah untuk berentap di pentas pembukaan.

Bagitupun, tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama dan semua peserta layak untuk melangkah ke minggu kedua.

Pihak produksi memberi kejutan dengan mengumumkan Iqbal Zulkefli sebagai peserta ke-12 bagi penganjuran Big Stage kali ini.

Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:

1. Aisha Retno - 84.40%
2. Daniel Chuer - 71%
3. Yazmin Aziz - 65%
4. Tegar Septian - 60.20%
5. Elica Paujin - 58.40%
6. Lia Aziz - 54.20%
7. Sofiaa Marieylla - 54.20%
8. Ajoi Zainal - 48.60%
9. Tuah Adzmi - 44.80%
10. Syafiq Abdillah - 38.60%
11. Iqbal Zulkefli - 28.80%
12. Megat Rahim - 0%

Difahamkan, Megat Rahim tidak dapat membuat persembahan atas sebab masalah kesihatan.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan juri undangan….

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Bug Stage pula disandang oleh Isha Norsham. Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

12 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).