Bertemakan lagu "Lit Throwback", konsert Big Stage minggu kedua yang ditajakan khas oleh Vivo telah berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Ketika konsert tersebut sedang berlangsung, para penonton dikejutkan dengan kejadian cemas penyanyi Baby Shima yang jatuh pengsan setelah selesai membuat persembahan.
Pada mulanya, kejadian tersebut disangka gimik oleh para penonton, namun penyanyi tersebut terus tidak sedarkan diri apabila hos Alif Satar dan Sherry Alhadad kembali mengacara di pentas.
Shima dikejarkan ke hospital dalam kadar yang segera dan difahamkan, penyanyi tersebut jatuh pengsan akibat terlalu penat ekoran dari jadual persembahan yang padat di Indonesia.
Berbalik kepada perjalanan konsert, kesemua peserta telah menyanyikan lagu-lagu 'throwback' yang pernah popular di sekitar tahun 90-an dan awal 2000.
Tomok diundang sebagai juri jemputan untuk digandingkan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh para juri beserta komen-komen yang telah diberikan :
Sissy Iman - Semoga Abadi
"Saya sanggup membayar untuk menonton persembahan sebegini! saya telah meletakkan tahap jangkaan yang tinggi kepada kamu" - Faizal Tahir
Sarah Suhairi - Kesetiaan
"Kamu telah memilih lagu yang betul dan telah bereksperimentasi dengan emosi dan gaya tersendiri" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Shafiq Farhain - Sambutlah Kasih
"Saya tidak mahu cakap banyak kerana kamu memang pandai menyanyi" - Faizal Tahir
Baby Shima - Ku Tak Akan Bersuara
Ekoran dari kejadian Baby Shima jatuh pengsan setelah selesai membuat persembahan pada malam tadi, penyanyi ini dikejarkan ke hospital dalam keadaan segera, tiada komen dari pihak juri.
Andi Bernadee - Layu Di Hujung Mekar
"Satu persembahan yang bagus, tetapi boleh dilakukan dengan lebih baik pada konsert akan datang" - Faizal Tahir
Afieq Syazwan - Alasanmu
"Saya suka tahap keyakinan kamu, pentas juga didominasi dengan baik" - Tomok
Tajul - Janji Kita
"Sebuah persembahan yang baik, 'music arrangement' yang segar serta tarian yang menarik" - Tomok
Ariff Bahran - Sejarah Mungkin Berulang
"Kamu tidak patut disingkirkan kerana perjalan di sini masih panjang, dan kamu telah menyanyikan lagu ini dengan baik sekali" - Tomok
Wani Kayrie - Akan Ku Tunggu
"Saya puji kesungguhan dan komitmen kamu pada malam ini walaupun kamu mengalami masalah kesihatan namun tetap berusaha melakukan persembahan dengan baik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Fara Hezel - Cinta Tersimpul Rapi
"Saya cuba memahami, tetapi kamu mempunyai banyak kelemahan, jangan berputus asa, teruskan belajar" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ariff Bahran, Wani Kayrie dan Fara Hezel telah berada di tangga tiga terbawah, Fara Hezel telah tersingkir pada konsert minggu kedua ini.
Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula
akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan rm5 ribu beserta trofi.
Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menerajui inovasi dalam teknologi penciptaan telefon pintar.
Vivo Nex menampilkan 'Ultra Fullview Display" dimana skrin direka secara penuh tanpa sebarang butang untuk ditekan, ia membuatkan telefon pintar ini kelihatan unik dan sejajar dengan teknologi semasa.
Reka bentuk ini membuatkan Vivo Nex lebih selesa digunakan dan sudah tentu lebih unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
Teks : Asraf Aided
Amri Hassan
Mon Aug 13 2018
"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.