BIG STAGE
Big Stage Minggu Separuh Akhir, Aura 'Road To Final' Semakin Terasa!
Bertemakan 'Road To Final', konsert minggu separuh akhir Big Stage berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Semua perserta telah membuat persembahan solo dan duet bersama artis jemputan seperti Siti Nordiana, Syamel, Hazama, Aepul Dramaband, Siti Sarah dan Haiza.
Tulus diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Dibawah merupakan kedudukan para peserta mengikut pemarkahan pihak juri dan komen yang telah diberikan.
Syafiq Farhain - Kau Lupa Janji
"Nyanyian kamu memang cukup bagus, selain itu kamu juga mempunyai personaliti yang menarik, jumpa di konsert akhir!" - Faizal Tahir
Wani Kayrie - Crazy In Love
"Saya sudah melihat persembahan kamu pada malam ini seperti persembahan di konsert akhir" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Afieq Shazwan - Melompat Lebih Tinggi
"Secara keseluruhan, persembahan kamu pada malam ini cukup bagus dan lagu ini merupakan lagu paling bertenaga pada malam ini" - Faizal Tahir
Sarah Suhairi - Hey Ladies
"Kamu mempunyai vokal yang bagus untuk rakaman lagu namun dalam persembahan solo ini ada sedikit bahagian yang harus dirapikan dengan baik" - Tulus
Ariff Bahran - Gerhana
"Kali ini persembahan kamu cukup 'smooth', nyanyian juga sangat baik dan sangat susah untuk mencari kesalahan" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Baby Shima - "Secara keseluruhan persembahan kamu cukup baik tapi kamu harus perbaiki teknik nada dalam nyanyian" - Tulus
Untuk persembahan duet, berikut adalah senarai persembahan beserta artis jemputan yang bergandingan bersama peserta :
Afieq Shazwan - Muara Hati (duet bersama Siti Nordiana)
Sarah Suhairi - Perjalananku (duet bersama Syamel)
Ariff Bahran - Mama Papa Larang ( duet bersama Aepul Dramaband)
Syafiq Farhain - Joget Angan Tak Sudah (duet bersama Hazama)
Wani Kayrie - Nisan Cinta (duet bersama Siti Sarah)
Baby Shima - Ku Mahu (duet bersama Haiza)
Secara umumnya, kesemua persembahan duet dilakukan dengan baik dan memuaskan hati pihak juri namun ada beberapa peserta yang masih melakukan kesilapan kecil.


Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula
akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan rm5 ribu beserta trofi.
Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menjadi kegemaran pencinta teknologi terkini.
Vivo Nex menampilkan 'Experience Gaming Mode' yang memberi kepuasan kepada penggemar permainan mobil.
Rekaan skrin yang luas tanpa sebarang butang menambahkan lagi keselesaan pengguna untuk bermain permainan mobil kegemaran mereka.
Teknologi rekaan Vivo Nex ternyata lebih moden dan unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
Must-Watch Video