,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Ada Bulu Pelepah Tapi She Go Minimalis, Lawa” - Netizen Puas Hati, Aina Abdul Tunai Janji Tone Down Baju

Mya Amri
05/06/2023
08:50 MYT
Penampilan penyanyi dan juri Big Stage 5, Aina Abdul di minggu kelima akhirnya mendapat pujian netizen.
Walaupun mengekalkan gaya unik dalam berfesyen namun busana serba putih dan silver yang disarungka Aina itu dilabelkan sebagai tidak keterlaluan.
Malah mereka juga memuji Aina kelihatan lebih cantik apabila menggayakan pakaian dan solekan secara minimalis bersesuaian dengan statusnya sebagai juri tetap Big Stage 5.
Antara komen yang diterima:
“Okay… Malam ni Aina Abdul punya outfit is acceptable... Macam ni lah baru okay sikit,”
“Okay minggu ini kita approved! She go minimalis tapi lawo,”
“Minggu ni okay, cantik dan elegan,”
“Sangat love! Macam puteri kayangan,”
Terdahulu, imej dan penampilan Aina yang juga merupakan juri tetap Big Stage 5 mendapat kecaman netizen.
Mereka mengatakan penampilan digayakan Aina tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai juri selain mendakwa busana dipakainya menghalang pandangan penonton yang hadir ke auditorium.
BACA: #BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'
BACA: #BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
BACA: #BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Selain Aina dan Ajai sebagai juri tetap Big Stage 5, minggu kelima ini juga menyaksikan juri jemputan.
Manakala pelakon, Amir Ahnaf pula merupakan Presiden Netizen bagi minggu ini.
Minggu kelima Big Stage 5 ini menyaksikan tiada penyingkiran.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Viral

Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Sering Dikutuk Gemuk & Hitam, Aya Amiruddin Tak Ambil Pusing Kritikan Orang - "Aya Dah Sebati Dengan Diri Sendiri"

gempak
10/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin berkongsi dia tidak pernah ambil pusing terhadap kata-kata orang berkaitan fizikalnya.