#BIGSTAGE5: Ajai Nasihat Faham Kehendak Lagu, Jangan Hanya Menyanyi Rata! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Mya Amri
05/06/2023 01:43 MYT
05/06/2023 01:43 MYT
Nampaknya minggu kelima ini rata-rata persembahan bintang Big Stage 5 agak kurang menyengat.
Perkara itu sekaligus membuatkan juri berasa agak kecewa berbanding dengan prestasi mereka minggu lalu.
Disebabkan itu juga, juri tetap iaitu Ajai menasihatkan mereka supaya memahami kehendak lagu dan tidak hanya sekadar menghafal lirik.
Selain itu, minggu kelima ini juga menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.
BACA: #BIGSTAGE5: Coex Dapat Markah Tercorot, Farhan Shah Dah 3 Kali Bottom Three! Mujurlah Tiada Penyingkiran!
Bintang yang menduduki tangga pertama minggu ini adalah dari Korea iaitu Hoondoo dengan markah sebanyak 85.33 peratus.
Sementara itu, Dem Lepak Boyz pula dinobatkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional dan membawa pulang wang tunai RM3,000.
Manakala, Coex memenangi Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
Bertemakan High School Crush, 10 bintang Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk Ramli MS.
Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Amir Ahnaf sebagai Presiden Netizen.
Di bawah merupakan kedudukan mereka berdasarkan markah oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Hoondo (85.33%) - This Love
“Kita nampak anda bersedia dengan sangat bagus, good harmonisation, untuk buat pereembahan lebih baik, Hoon kena kurang gementar, just enjoy the momen,” - Aina Abdul
“Congrats this is best perfomance ever, saya tak pernah tengok dia menari, saya nak kamu menari next week, sebab saya hanya tengok anda berdiri dan menyanyi,”- Ajai
2. Putera Muhammad (78%) - Bintang Di Syurga
“Baju dengan props sangat ganas, vokal saya boleh pertimbangkan tapi aksi tu tak sasa. Kamu sepatutnya setara, vokal tu ganas kena sama dengan aksi. Jangan takut, next time setara dengan vokal,” - Datuk Ramli MS
3. Dem Lepak Boyz (75.67%) - Benci Bilang Cinta
“Ini yang maksud saya cara menyanyi ikut arrangement lagu. Betul caranya, nampak transformasi ada peningkatan. Yang lain jangan pandang sebelah mata ini kumpulan. Sebab peningkatan dia develop dari minggu ke minggu,” - Ajai
4. Nadeera Zaini (73%) - Engkau Bagaikan Permata
“Jangan terlalu boros menyanyi, melantak keluar, saya suka awak punya nyanyian. Artikulasi cantik tapi jangan boros, hentak hentak. Belajar mencantikkan tenaga. Jangan semua gear lima. Awak penyanyi yang bagus,” - Datuk Ramli MS
5. Waode (65.33%) - Janji Manismu
“Thank you for the beautiful singging, hari ini bagi saya awak lambat panas, mungkin kerana emosi itu tidak lock dari first note, i know you can do it. Saya agak kecewa tapi saya hargai improvasi lagu itu, try harder next time,” - Aina Abdul
6. Puteri Khareeza (64.33%) - Never Say Never
“Saya nak tegur fasal pronounciation, selalu kena bulatkan, jangan leperkan. Facial jangan nampak nak terlalu mengingati step. Saya nampak anda sedang berfikir, elakkan itu dan just have fun darling,” - Aina Abdul
7. Aufahanie (58.33%) - Ikut Rentakku
“Kamu perlu faham, nak jadi penyanyi susah, awak kena berkorhan masa dan kamu perlu tahu bunyi perlu hidup. Atas stage tak ada orang tolong melainkan diri sendiri. Kena banyak berguru. Kamu menyanyi tadi karakter tak ada. Kena banyak belajar,” - Datuk Ramli MS
8. Firdaus Rahmat (47%) - Cuba
“Intonasi sangat perlu bila menyanyi, next time bila belajar lagu menyanyi guna minda. Kalau tidak bila kamu menghafal hanya jadi begini, jadi biasa,” - Datuk Ramli MS
9. Farhan Shah (46.67%) - Tenda Biru
“Saya tak ada masalah dengan pitching, adalah sikit-sikit tapi normal. Kamu kena belajar rhythm. Lagu ini blues jadi kamu kena ada attitude, kadang-kadang kamu terbawa-bawa dengan cara nyanyian tersendiri. Tak salah tapi kamu perlu ada groove. Kamu ada potensi besar, saya suka cara kamu menyanyi, pelbagaikan cara nyanyian,” - Ajai
10. Coex (41.67%) - G.I.G
“Group memang rumit tapi konsep kamu saya suka. Kamu perlu ingat kamu meniaga bunyi, saya suggest suruh manager keluar duit, buat latihan sama-sama selama 100 hari. Kamu ada baka, you need dua orang, koreografer, sorang guru vokal,” - Datuk Ramli MS
************************************************************************************************************************
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap.
Minggu ini menyaksikan Datuk Ramli MS sebagai juri jemputan dan pelakon, Amir Ahnaf sebagai Presiden Netizen.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Untuk info: Big Stage 5 masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian.
Persembahan mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri yang akan dilakukan secara langsung di skrin LED untuk tontonan umum.
Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.