,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Didukung Kak Lina & Kolar Baju Ditarik, Rina Nose - “Semuanya Berlaku Secara Spontan…”

Mya Amri
08/05/2023
04:51 MYT
Kemunculan selebriti terkenal Indonesia, Rina Nose sebagai pengacara bersama Elly Mazlein ternyata memeriahkan lagi program Big Stage 5.
Gelagat dan celoteh lucu kedua-dua pengacara itu membuatkan ramai yang tidak kering gusi.
Bagaimanapun aksi Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina yang secara tiba-tiba mendukung Rina sewaktu segmen pembukaan telah mengejutkan netizen.
Menjelaskan perkara itu, Rina berkata aksi tersebut dilakukan secara spontan dan neutral oleh Elly.
“Itu secara spontan, saya memang tidak tahu dia ingin angkat dan mendukung saya. Ternyata Kak Lina sangat okay orangnya.
“Jadi saya harus menyambut dan memberikan respon, jika tidak nanti tak jadi sebagus itu di atas pentas,” katanya ketika ditemui Gempak sejurus tamat konsert pertama Big Stage.
Tambah Rina lagi, dia berasa sangat gembira kerana berpeluang bekerjasama dengan Elly yang disifatkan sebagai seorang yang profesional dan selesa untuk bekerja.
“Saya sangat senang sebenarnya bekerja kerana dia dan saya juga spontan orangnya. Sebagai contoh ada adegan dia menyanyi dan saya tarik bahagian kolar bajunya.
“Kemudian secara tiba-tiba Putera Muhammad juga membuat perkara yang sama kepada saya. Semua yang berlaku itu secara spontan dan neutral.
“Maksudnya saya harus berfikir cepat, beerti kalau Kak Lina buat begini saya harus buat apa. Jadi saya dan Kak Lina harus sama-sama fikir.
“Sehari sebelum itu memang ada sesi latihan tetapi apa yang terjadi di atas pentas malam tadi semuanya berbeza. Jadi kita harus cepat memberi respon.
“Saya dan Kak Lina banyak persamaan, dari segi peribadi juga sama, cara pemikiran juga sama. Mungkin itu antara sebab kenapa kami boleh serasi,” jelasnya.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang bersaing dalam Big Stage 5 adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Manakala bintang luar negara pula adalah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

gempak
14/11/2024
02:27 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.
Berita

Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

gempak
13/11/2024
00:25 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin lemah.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini

gempak
26/10/2024
21:55 MYT
Separuh akhir Kilauan Emas 2024 telah menyaksikan enam peserta layak untuk berentap merebut gelaran juara di pentas akhir Kilauan Emas 2024 pada minggu hadapan.
Hiburan

“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

gempak
26/10/2024
12:50 MYT
Penyampai radio, Elly Mazein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan.
Hiburan

Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”

gempak
19/10/2024
09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Elly Mazlein akui hatinya tersentuh semasa melawat adik Alisa Umairah yang menghidap penyakit kanser mata tahap 4 di Labis, Johor baru-baru ini.
Unitar