Pereka busana untuk Aina Abdul, Masyadi Mansoor tampil memberi penjelasan mengenai isu baju penyanyi tersebut yang dikatakan penghalang pandangan penonton pada konsert mingguan Big Stage 5.

Masyadi berkata, platform penjurian bagi program Big Stage 5 sememangnya diletakkan di bahagian hadapan dan tinggi sedikit, sehingga menyebabkan berlaku sedikit halangan pada pandangan bagi penonton yang berada di bahagian belakang.



“Untuk yang cakap baju halang audience belakang tu, actually kalau korang duduk belakang Aina ke, Ajai ke, korang still akan terhalang sebab seat juri lagi tinggi dari seat audience belakang.

“Plus, yang duduk belakang juri tu semua team juri dan team Astro. Bukan orang awam pun,” tulisnya menerusi ciapan Twitter yang telah dipadamkan.

Terdahulu, menerusi ciapan sebelumnya, Masyadi berkongsi mengenai rekaan berkenaan yang diberi judul Wave Of Emotions.



Untuk rekod, Aina merupakan juri tetap bagi Big Stage 5, bersama komposer dan penyanyi tersohor Ajai.

Big Stage 5 bakal berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.