Laman Utama

#BIGSTAGE5: Gara-Gara Minuman Tenaga, Meer Nash Alami Panic Attack - “Sampai Rasa Nak…”

gempak
Izwan Isa
23/05/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Gara-Gara Minuman Tenaga, Meer Nash Alami Panic Attack - “Sampai Rasa Nak…”
Disebabkan pengambilan minuman tenaga sebelum beraksi di pentas Big Stage 5, penyanyi Meer Nash memberitahu yang dia mengalami serangan panik (panic attack) sebelum membuat persembahan pada minggu ketiga pertandingan berkenaan Ahad lalu.
Meer Nash berkata, dia mengambil minuman berkenaan disebabkan perlu menunggu lama dan memerlukan tenaga.
“Saya amalkan minum Red Bull pada minggu pertama dan kedua. Maklumlah, sebab nak menunggu lama jadi saya perlukan tenaga. Namun, saya tak sedar pula yang walaupun bawa lagu perlahan minggu ketiga, ia turut memberikan kesan.
“Tak tahu macam mana nak gambarkan rasa gementar tu… Kadang-kadang sampai rasa nak sesak nafas,” katanya.
Penyanyi berusia 27 tahun itu mengulas mengenai perkongsiannya di Instagram mengenai serangan panik yang dialami.
Pada minggu lalu, Meer Nash mendendangkan lagu berjudul Hari Ini yang dipopularkan oleh Hael Husaini.
Dalam pada itu, dia berasa kecewa disebabkan gagal memberi persembahan terbaik sehingga mendapat kedudukan bottom three menerusi markah juri.
“Rasa gementar tu bertambah selepas dengar komen juri terhadap peserta sebelum saya. Jadi, saya tak mahu ulang kesilapan sama seperti yang ditegur juri.
“Saya berasa kecewa dengan diri sendiri sebab tahu boleh lakukan yang terbaik. Tapi ketika berada di atas pentas, suara tak keluar dan mula menggeletar,” ujarnya.
Bagaimanapun, Meer Nash berjanji akan melakukan lebih baik untuk persembahan minggi hadapan.
“Saya tahu boleh melakukan terbaik sebab balada adalah kekuatan saya. Mungkin bukan rezeki kali ini. Saya berjanji akan melakukan lebih baik minggu hadapan kerana tema galau juga adalah kemampuan saya,” jelasnya.
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024