#BIGSTAGE5: Hoondoo Bottom 3, Puteri Khareeza Menangis Mujur Tak Tersingkir! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Mya Amri
26/06/2023 00:00 MYT
26/06/2023 00:00 MYT
Bintang Big Stage 5, Puteri Khareeza menitiskan air mata apabila diumumkan tiada penyingkiran di minggu suku akhir ini.
Penentuan tersebut berlaku apabila dua juri tetap program, Ajai dan Aina Abdul memohon pihak produksi memberi peluang terakhir kepada Puteri berikutan peningkatan prestasinya setiap minggu
Dalam pada itu, Hoondoo juga turut mengejutkan peminat apabila buat pertama kalinya berada di kedudukan tiga terbawah bersama Puteri dan juga Firdaus Rahmat.
Sementara itu, Putera Muhammad dinobatkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional dan membawa pulang wang tunai RM3,000.
Manakala Aufahanie pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Paling Pa-Wa l bernilai RM1,000.
Bertemakan Juri Pulak Memilih, lapan bintang Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Ziana Zain.
Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Anna Jobling sebagai Presiden Netizen.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Nadeera Zaini - Problem (95%)
“What can i say bukan mudah untuk lagu ini dinyanyikan tapi pembawakan awak saya suka. Banyak pertandingan awak dah masuk. Saya harap orang Malaysia buka telinga, jangan sia-siakan bakat ini, ini adalah talent bagus yang ada di Malaysia,” - Ajai
2. Putera Muhammad - Asmaradana (90%)
“Kami pilih lagu ini sebab kami nak tunjuk Asmaradana ini adalah range proper untuk kamu, kreativiti kamu hari ini tinggi, tak ada orang terfikir boleh jadikan qasidah untuk lagu itu,” - Ajai
“Dalam pertandingan ini ada banyak suara yang sedap apa yang berbeza adalah kamu datang dengan konsep, saya suka penyanyi bukan hanya sekadar menyanyi tapi sekali dengan konsep. Kalau ada rezeki, kita ada dua minggu lagi, pulun habis Putera,” - Aina Abdul
3. Waode - Karma (87.33%)
“Sangat membanggakan! Saya sangat terkejut BBNU sekarang omg. You know what to do on stage. Vokal sangat terang, awak menyanyi sambil bercerita. Kalau dengan saya lulus. Semuanya smooth dan ini satu pembukaan yang sangat menghiburkan,” - Ziana Zain
“Ini yang saya panggilkan artistik, competition punya lagu, ada kelainan. Anda menyanyikan out of the box, yang orang tak fikir kamu akan menyanyi,” - Ajai
4. Aufahanie - Masih Aku Cinta (83.67%)
“Saya rasa untuk minggu-minggu lepas, ini yang terbaik awak buat sebab saya ambil kira details. Passing note yang tepat, yang tak buat buat. Feeling yang tepat,” - Ajai
5. Dem Lepak Boyz - Drama (80.67%)
“Awak memang joker, penguasaan pentas bagus. Kamu deliver dengan baik tapi bagi saya biasa sahaja. Saya tak nampak apa-apa yang istimewa dalam persembahan,” - Ziana Zain
6. Firdaus Rahmat - Pagi Yang Gelap (76.33%)
“Kalau dia di zaman kak Gee banyak kena marah, BBNU sekarang telinga dia lain tak macam dulu-dulu. But you did a good job. Saya menilai berdasarkan apa yang saya lihat hari ini but anyway sangat menghiburkan,” - Ziana Zain
7. Puteri Khareeza - Dokter Cinta (76%)
“Hari ini saya harus puji kualiti vokal anda, minggu ini awak paling lepas, tetapi bila awak dah lepas vokal, awak banyak berfikir. Fikir subang jatuh ke tidak, bila nak lompat. Tetapi yang pelik, untuk vokal, dia sampai. Jadi segala latihan yang awak buat teruskan sebab ia berkesan,” - Aina Abdul
8. Hoondo - I Will Show You (58.67)
“Kamu boleh menyanyi tetapi hari ini agak kehilangan fokus sedikit. Saya rasa kamu pick up di pertengahan persembahan tetapi agak terlambat. Pitching waktu permulaan agak longgar. Saya perasan Hoon setiap kali anda memulakan nyanyian, anda selalu too much breathy,” - Aina Abdul
—————————————————————————
BACA: #BIGSTAGE5: "Manusia Buat Undang-Undang, Allah Menentukan" - Puteri Khareeza Terselamat, Juri Putuskan Tiada Penyingkiran!
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Recap
#Komen Juri
#Markah Penuh
#Big Stage
#Recap Dan Komen Juri
#Big Stage 5
#Hoondoo
#BIGSTAGE5
#Puteri Khareeza