,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Minggu Duet Dik! Artis Semua Power! Jom Semak Senarai Artis & Lagu-Lagu Untuk Separuh Akhir

Mya Amri
02/07/2023
07:50 MYT
Minggu separuh akhir Big Stage 5 diteruskan lagi dengan lapan bintang bersaing bagi merebut gelaran juara.
Dengan tema BBNU Pun Nak Pilih Jugak, lapan bintang harus memberikan persembahan terbaik untuk membuktikan mereka layak berada dipentas akhir Big Stage 5.
Bintang-bintang yang dimaksudkan adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo).
Malam ini juga bakal menyaksikan lapan bintang ini berduet bersama penyanyi terkenal tanah air iaitu Liza Hanim, Marsha Milan, Naqiu, Khai Bahar, Marsha Milan, Ismail Izzani, Sophia Liana dan Ayie Floor 88.
Bintang luar negara pula ialah HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan bintang Big Stage 5 malam nanti:
1.Nadeera Zaini ft Khai Bahar - Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri) 2.Aufahanie ft Naqiu- Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip & Ernie Zakrie) 3.Puteri Khareeza ft Sophia Liana - Bangun (Aman Ra) 4.Firdaus Rahmat ft Ismail Izzani- Stay (The Kid Larot & Justin Bieber) 5.Putera Muhammad ft Ara Johari - Kisah Ku Inginkan (Datuk Seri Siti Nurhaliza & Judika) 6.Dem Lepak Boyz ft Ayie Floor 88 - C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria Laleilmanino & Eva Celia) 7.Waode ft Liza Hanim- Sepi (Aina Abdul) 8.Hoondoo ft Marsha Milan - When We Were Young (Adele)
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat

gempak
03/08/2024
23:55 MYT
Penyerang Selangor, Faisal Halim akhirnya kembali ke padang apabila tersenarai dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam.
the-hardest-singing-show

THSS: Terapung Sambil Main Piano, Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 93.20% Peratus, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
08/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-9 dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Hiburan

THSS: Bertemakan Mega Dansa, Ini Senarai Lagu Tugasan Peserta Minggu Ke-3 The Hardest Singing Show

gempak
23/05/2024
11:55 MYT
Konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show bakal menyaksikan kesemua peserta akan menyampaikan persembahan bertemakan Mega Dansa.