Bintang Big Stage 5, Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz terpaksa akur apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu separuh akhir.

Mengakui segalanya bergantung pada rezeki, Firdaus dan Dem Lepak Boyz bersyukur kerana diberi peluang menimba pengalaman dalam Big Stage 5.

Dalam pada itu, enam bintang lain yang berjaya melangkah ke final adalah Nadeera Zaini, Waode, Hoondoo, Aufahanie, Puteri Khareeza dan Putera Muhammad.

Selain menduduki tangga pertama, Nadeera juga dinobatkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Manakala Firdaus Rahmat pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.

Bertemakan BBNU Pun Nak Pilih Jugak, , lapan bintang Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk AC Mizal.

Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Scha Alyahya sebagai Presiden Netizen.

Di bawah merupakan kedudukan bintang Big Stage 5 berdasarkan markah oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Nadeera Zaini ft Khai Bahar - Aku Cinta (98.67%)


“Satu ayat sahaja. Konsisten itu sahaja, tak ada masalah dengan penghayatan dan note. Penyampaian yang kamu sampaikan saya rasa,” - Ajai


2. Waode ft Liza Hanim - Sepi (97.33%)


“Homework yang kamu persembahkan adalah dua dua tak overshadow, dua dua memainkan peranan utama, saya suka tentang kreativiti penambahan nampak battle, bukan untuk gah tetapi menunjukkan betapa puasnya menyanyi dengan dia,” - Ajai


3. Hoondoo ft Marsha Milan - When We Were Young (97.00%)


“This is semi final material, the way you harmonise, and blend with Marsha. It was superb and magical. Bukan senang nak buat hormoni live dekat stage macam tu,” - Datuk AC Mizal


4. Aufahanie ft Naqiu- Berakhirlah Pencarianku (93.33%)


“Saya rasa this is her best perfomance, roh Aufa keluar hari ini, kualiti vokal anda ringan, you play on your safe note, saya suka persembahan tadi, sebak sebab jauh dah perjalanan Aufa dalam pertandingan ini,” - Aina Abdul


5. Puteri Khareeza ft Sophia Liana - Bangun (85.33%)


“Saya dapat rasakan karakter anda ada, tempo ada, biasa kalau rap pasti ada kesalahan pitching tapi bila rap itu semua jadi halal. Yang penting feel, vibe dan sudah tentu anda buat terbaik malam ini,” - Datuk AC Mizal


6. Firdaus Rahmat ft Ismail Izzani - Stay (83.00%)


“Awak ada tone tu, awak nampak kurang selesa mungkin sebab pernafasan, persembahan kira okay tapi agak bahaya sebab tak rasa sangat, tone awak sedap, menyanyi bagus cuma pernafasan kena jaga,” - Datuk AC Mizal.


7. Putera Muhammad ft Ara Johari - Kisah Ku Inginkan (76.63%)


“Selalu saya dengar kamu tak ada problem pitching tapi kali ini ketara 8 9 note, tapi lebih pada 4 tu jadi persoalan pada saya, kenapa ini terjadi? Ini adalah klimaksnya. Kalau pegi ke final balik ke akar umbi kamu, fokuskan pada nyanyian dan vokal,” - Ajai


8. Dem Lepak Boyz ft Ayie Floor 88 - C.H.R.I.S.Y.E (58.00%)


“Sebab rasa kalau pakaian kamu bertiga sama lagi synchronice. Persembahan menghiburkan tapi tak cukup identiti Dem Lepak Boys, kurang cheekiness, movement on stage. Jika dapat ke final, lebih baik anda stay together dan keluar dengan lagu yang bagus and nailed the industry.

Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).