Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE5: Netizen Tegur Baju Metalik Kak Lina, Seksi Katanya! Empunya Diri Komen; "I Love Netizen, Bukannya Apa ..."

Amri Hassan
22/05/2023 05:55 MYT
Hos terkenal Elly Mazlein atau turut popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tidak berkecil hati malah optimis dengan setiap komen yang ditulis netizen di media sosial.

Jelas Kak Lina, dia melihat daripada sudut positif bahawa netizen juga punyai hak untuk berkomentar dan menghormati mereka seadanya.

"Apa sahaja di Twitter, saya okey. Sebab saya dapat banyak sokongan daripada mereka. Jadi kalau mereka cakap atau tegur saya okey. Saya menghormati mereka dan kerja tetap jalan seperti biasa," katanya kepada Gempak.

Kak Lina yang ditemui selepas konsert ketiga Big Stage 5 di MBSA Shah Alam pada Ahad diminta mengulas mengenai komen-komen negatif netizen mengenai penampilannya.

Ada yang menyifatkan baju metalik silver yang digayakan kurang sesuai malah ada yang melabelkan baju itu juga seksi.



Melanjutkan bicara, Kak Lina mengakui pandangan netizen juga punyai peranan tersendiri untuk membentuk seseorang selebriti.

Malah, jujur kata Kak Lina, netizen juga membantu perkembangan kariernya sebagai artis. Tidak wajar untuk dia terasa hati atau mengambil pusing akan hal-hal negatif.

"I love netizen... bukannya apa, sebab apa yang saya nampak ada di antara mereka yang sebenarnya banyak membantu dalam perjalanan karier saya. Kita tak bolehlah sikit-sikit nak sentap!

"Sebab mungkin ada yang diperkatakan mereka itu betul. Masing-masing ada hak untuk membuat sebarang komen. Saya menghormati setiap pendapat.

"Saya tak pernah nak marah sebab saya berada di sini dan diterima pun kerana mereka juga. Tak boleh nak kecil hati," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai maklum balas positif daripada pengacaraannya bersama Rina Nose, Kak Lina bersyukur kombinasi mereka membuahkan hasil!

"Sebagai hos kita akan mencuba yang terbaik dan saya bersyukur kombinasi Kak Lina dan Rina diterima ramai. Bukan senang nak buat orang ketawa.

"Peranan kita untuk membuatkan penonton terhibur selain melihat pertandingan itu. Tak adalah pertandingan semata-mata, kena ada warna sikit," jelasnya.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan minggu ini juri jemputannya pula adalah Ernie Zakri.

Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Mierul Aiman sebagai Presiden Netizen.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Elly Mazlein #Netizen #Kak Lina Pom Pom #Kecam #Baju #Big Stage 2023 #Big Stage 5