Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#BIGSTAGE5: Pakai Turban Tinggi Sangat Sampai Halang View, Aina Abdul Dituduh Tak Hormat Penonton Belakang?

Izwan Isa
17/05/2023 07:50 MYT
Umum mengetahui penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul gemar mengenakan busana eksentrik, yang kadang-kala melangkaui norma fesyen manusiawi.

Namun, menerusi fesyen, nama Aina terus dikenali dan disebut, seiring bakat besar yang ada dalam dirinya.

Lihat sahaja penampilannya saban minggu sebagai juri Big Stage 5 tahun ini. Sudah dua minggu berlangsung, busana yang digayakan oleh Aina cukup luar biasa.

Namun, pada minggu lalu, turban yang digayakan oleh Aina dikatakan mengganggu pemandangan penonton yang berada di bahagian belakang kerusi penjuriannya.

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, difahamkan seorang produser dari luar negara memuat naik gambar situasi daripada bahagian belakang penyanyi itu sambil meninggalkan kapsyen ringkas: “Hmmm”.

Meninjau komen-komen netizen, ramai yang memberikan pendapat bahawa fesyen Aina dilihat sedikit berlebihan dan tidak sesuai digayakan jika bukan berada di atas pentas.



“Aku peminat Aina tapi rasanya dia kena pakai something yang boleh disassemble bila dia off-stage. This also applies untuk celebs yang pakai something yang over the top to award shows. Memang betul mengganggu pandangan nak tengok performance.”

“In case kalau korang tertanya-tanya apa yg producer tu tulis, 이건 그냥 = This is just… memalukanlah wei. Nak terpaling fashion pun beragakla sampai ganggu view orang belakang. Takde common sense langsung.”

“Jenis celebrity yang tak reti nak tengok keadaan majlis, tak reti hormat penonton kat belakang. Tak boleh ke pakaian tu bersesuaian ikut keadaan?”

Terdahulu nama Aina pernah menjadi bualan apabila busana yang dikenakannya melibas seorang penyanyi dalam sebuah majlis anugerah.

‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

#Big Stage #Turban #Aina Abdul #Big Stage 5 #View