,
Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'

Amri Hassan
04/06/2023
01:55 MYT
Penyanyi dan juri Big Stage 5, Aina Abdul mengakui adakalanya terguris dengan komen dan kritikan pedas netizen terhadapnya terutama berkaitan pemakaian eksentrik saban masa.
BACA: #BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
BACA: #BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Jelas Aina, dia memohon warganet agar tidak membabi-buta menulis komentar di Internet sebaliknya mengenalinya terlebih dahulu.
"Saya pun sedih, kali ini punya kecaman yang saya terbaca pedas. Kadang-kadang saya terfikir 'sampainya hati', kenali saya dulu, jangan kritik saya dengan pakaian saya saja. Jumpa saya, rasanya pendapat itu akan berubah," katanya kepada Gempak.
Aina yang ditemui pada acara Bual Bicara: Seminar Komunikasi Antarabudaya anjuran pelajar sarjana Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini turut menjelaskan semula dakwaan keras kepala warganet terhadapnya.
"Ekspektasi saya sebenarnya pada Big Stage baru-baru ini untuk orang bercerita tentang toto dan tilam tapi lain yang diterjemahkan. Sebenarnya kalau nak ikutkan ada banyak baju yang lebih besar.
"Saya nak juga pertahankan team saya. Kalau baju saya kecil sekalipun orang takkan nampak, sebab kerusi juri berada di atas platform lebih tinggi daripada penonton di belakang. Itu saja yang boleh dikatakan kepada netizen yang marah pada saya.
"Tentang dakwaan keras kepala, tak dengar cakap orang, saya dah cuba sehabis baik, saya dah maklumkan kepada stylist untuk tone down sikit. Tapi kami masih nak bawakan 'Aina Abdul' sebab penting untuk saya bawa imej saya, itu branding saya," ujarnya.
Tambah Aina lagi, pakaian 'pelik' yang dipakainya itu bukan lagi menjadi sebahagian gimik sebaliknya jenama Aina Abdul sejak lebih dikenali.
"Mula-mula dulu mungkin perlukan elemen gimik untuk orang nampak kita, sekarang sudah jadi sebahagian branding saya. Kalau saya datang simple orang akan pelik. Kena kekalkanlah. Tapi masih Aina Abdul.
"Pesanan saya kepada orang ramai yang mengecam saya, datang Big Stagelah, tengok kita di MBSA!" tambahnya tertawa.
Terdahulu, imej dan penampilan Aina yang juga merupakan juri tetap Big Stage 5 mendapat kecaman netizen.
Mereka mengatakan penampilan digayakan Aina tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai juri selain mendakwa busana dipakainya menghalang pandangan penonton yang hadir ke auditorium.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Selain Aina, Big Stage 5 juga turut menampilkan Ajai sebagai juri tetap dan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Heret Kucing Guna Tali Ditahan Polis

gempak
25/11/2024
06:20 MYT
Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki melakukan penderaan terhadap kucing di sebuah kediaman di Jalan Klang Lama, di sini, pada Sabtu.
Hiburan

Belasungkawa: Selamat Berpulang Ke Negeri Abadi Ahmad Nawab, Malaysia Truly Asia Kekal Jadi Legasi

gempak
25/11/2024
04:55 MYT
Seorang lagi pesohor dan legenda dunia hiburan yang cukup disegani dan telah memberi bakti terutama dalam bidang muzik, menutup mata.
Viral

Lagi 3 Bulan Lebih Nak Raya! Prince Syed & Isteri Kongsi Tema Baju Raya Inspirasi Dari Pokok - “Habis La Daun Di Eco Tahun Ni”

gempak
24/11/2024
14:20 MYT
Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Syahid sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Unitar