Skip to main content

Rancangan Realiti

#BIGSTAGE5: Sedia Mendominasi! Kenali 10 Peserta Dari Malaysia Yang Bertanding Tahun Ini!

sekadar-gambar-hiasan-2023-05-07t164526-910.png

‘Big Stage’ kini kembali bersinar dengan bintang-bintang berbakat yang akan mendominasi pentas setiap malam Ahad para penonton Astro. 

BACA: #BIGSTAGE5: Penuh Kejutan! Elly Mazlein Jadi Pengacara & Aina Abdul Juri Tetap… Naufal, Nadeera, Dem Lepak Boyz, COEX Antara Peserta Yang Bersaing 

Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat. 

Namun edisi kelima kali ini bukan sahaja membawa peserta-peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka lantas menjadikan mereka saingan yang kuat dalam pertandingan ini dengan elemen dan genre yang baharu.

Nama-nama yang dipilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 5’ ini merupakan antara bakat muda yang kian meningkat serta telah mendapat perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian yang diperoleh. 

Ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal. 

Malah, edisi kelima ini masih memperkenalkan barisan peserta yang berbakat besar dari luar negara.

Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia. Manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak. 

Kenali 10 bintang dari Malaysia:

#1 Isaac Voo
 

Must-Watch Video

Advertisement