Penyanyi, Erul Samah menjadi perhatian netizen gara-gara memberikan komen terhadap penyingkiran bintang Big Stage 5, Isaac Voo di konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad.

Tidak hanya satu, malah beberapa posting di Instagram Astro Gempak yang melibatkan Isaac turut di komen Erul.

Antara komen yang diberikan adalah “pilihan yang tepat untuk disingkirkan, we need quality singing,” , “pilihan yang tepat” dan “popularity cannot buy quality,”

Komen-komen itu mengundang pelbagai reaksi netizen dan mereka juga mempersoalkan kreadibiliti Erul sebagai seorang penyanyi.

Rata-ratanya menyatakan rasa kurang senang kerana sebagai seorang penyanyi, mereka berpendapat Erul sepatutnya lebih matang dan memberikan kata-kata semangat, bukannya bersikap kebudak-budakan.

Antara komen yang ditujukan kepada Erul adalah:





BACA: #BIGSTAGE5: Imuniti X Selamatkan Naufal Azrin, Isaac Voo Tersingkir

BACA: #BIGSTAGE5: Imuniti X Penyelamat Naufal, Ajai Warning - “Kau Buat Baik-Baik!”, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

Terdahulu, Isaac tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Manakala bintang luar negara pula adalah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).