Penyanyi Meer Nash menjadi peserta ketiga tersingkir daripada rancangan realiti hiburan popular Big Stage 5.

Meer Nash yang popular menerusi lagu Kajima gagal diselamatkan selepas tiga minggu berada di kedudukan tiga terbawah.

Menyanyikan lagu Rapuh (Nastia), Meer Nash gagal menambat hati juri untuk terus bertanding di pentas Big Stage.

“Terima kasih buat semua peminat dan keluarga saya yang menyokong selama ini. Terima kasih untuk juri yang memberikan markah.

“Saya masuk dalam Big Stage ini untuk belajar,” kata Meer Nash.

Bagaimanapun, Ajai punyai pendirian tersendiri untuk tidak menggunakan Imuniti X demi menyelamatkan Meer Nash.

“Berdasarkan potensi persembahan, calculation performance kami tak patut buang dua orang ni. Saya minta maaf. Kita doakan yang terbaik,” kata Ajai.

Bertemakan Hari Jiwa Galau, 11 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat.

Minggu ini, Waode memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional. Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Manakala, Dem Lepak Boyz memenangi Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional.

1. Waode - 91.67%
2. Hoondoo - 91.33%
3. Putera Muhammad - 82.33%
4. Nadeera Zaini - 82%
5. Puteri Khareeza - 52.67%
6. Dem Lepak Boysz - 51%
7. Aufahanie - 50.67%
8. Coex - 49.33%
9. Firdaus Rahmat - 46.33%
10. Meer Nash - 45.33%
11. Farhan Shah - 42.67%

Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.