BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!

Ainun Md Zooki 15/06/2025 | 16:25 MYT
Selama lapan minggu bersaing akhirnya, bintang Big Stage Alpha, Ariel Fesol, dinobatkan sebagai juara.

Ariel Fesol Juara
Menerusi kemenangan tersebut, Ariel Fesol membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan trofi sumbangan Astro.
Manakala naib juara pula menjadi milik Ray-D dan tempat ketiga jatuh kepada Rizal Rasid.
Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan RM10,000.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula diberikan kepada Daniel Sher, Araff dan Izat Ibrahim
Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, RM10,000 dan RM5,000
Nama Afiq Sky pula diumumkan sebagai pemilik tempat ketujuh.
Untuk Anugerah ikon Perfume Paradise di pentas akhir ini dimenangi oleh Daniel Sher.
Berikut adalah keputusan penuh bintang Alpha.
#Juara #Big Stage Alpha #Ariel Fesol