gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”
HIBURAN
Hael Husaini Ajak ALPHA Sertai Konsert Sulung - “Saya Yakin Mereka Bukan…”
HIBURAN
Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"

gempak
Ainun Md Zooki
26/05/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Afiq Sky tampil menjelaskan masalah kesihatan yang dialaminya di minggu kelima ini bukanlah disebabkan oleh unsur mistik atau perbuatan khianat dari orang luar.
Menurut Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli, dia tidak pernah menyangka atau menuduh sesiapa berkaitan sakit yang dialaminya sebaliknya percaya ia adalah perkara biasa yang mungkin berpunca daripada perubahan persekitaran atau jangkitan udara.
“Sebenarnya, saya tak pasti sama ada perkara ini berlaku disebabkan gangguan mistik atau tidak. Tapi bagi saya, tidak ada elemen mistik.

“Saya rasa tidak ada pun orang yang khianat saya atau hantar sihir. Saya pun tak pernah terfikir tentang itu,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, bintang BSA itu memilih untuk sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi sebarang cabaran kerana dia percaya sikap negatif hanya akan memburukkan keadaan.
“Saya rasa kita kena sentiasa berfikiran positif, itu yang akan buatkan vibe kita kekal baik. Kalau kita pun sentiasa fikir yang negatif, benda itu yang akan datang kepada kita,” ujarnya.
Pada masa sama, Afiq turut berkongsi keadaannya semakin pulih walaupun masih mengalami batuk yang belum reda sepenuhnya.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin membaik. Cuma batuk saya masih belum lega sepenuhnya. Batuk berdarah dan hidung berdarah yang saya alami sebelum ini pun dah pulih semula.

“Mungkin ia berlaku sebab suhu badan saya terlalu panas dari dalam,” jelasnya.
Saksikan video temu bual penuh di Gempak.com
Topic Berkaitan
#Sihir
#Batuk
#Nafi
#Orang
#Buatan
#Big Stage Alpha
#Afiq Sky
#Terkena
Must-Watch Video