BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Alami Dehidrasi Melampau, Araff Kongsi Detik Hampir Pengsan - “Tekanan Darah Saya Pada Ketika Itu Adalah…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Araff tampil berkongsi detik sebelum dia pengsan selepas melakukan persembahan berkumpulan di minggu keempat.
Menurut Araff atau nama sebenarnya Muhammah Amirull Hasraff Mohamed Pilus, 20, walaupun dia sudah mengambil beberapa suplemen untuk membantunya kekal sihat tapi badannya tetap mengalami dehidrasi yang terlampau membuatkan dia pengsan dan tekanan darahnya terlalu tinggi.
“Sebenarnya saya ada je ambil suplemen contohnya vitamin c untuk bagi saya tenaga dan perlindungan diri. Tapi bila hari rehearsal itu saya rasa macam tak sedap badan rupanya badan saya tak cukup air.
“Pada ketika itu, saya masih tidak tahu badan saya dehidrasi walaupun saya sudah minum air yang cukup banyak. Sebaik sahaja habis rehearsal, saya terus pengsan dan tekanan darah saya pada ketika itu adalah 172 sehingga ke hari persembahan.
“Pihak produksi ada cakap dekat saya kalau saya tidak boleh lakukan persembahan, mereka nak anjak persembahan saya di penghujung. Tapi saya tetap kata diri saya masih lagi okay walhal saya masih lagi sakit sebenarnya.
“Saya tetap cakap pada diri saya yang ‘show must go on’ saya perlu tunjukkan kepada penonton dan juri, seorang penghibur boleh menghiburkan penonton tanpa mengetahui penghibur tersebut sedang sakit,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, bintang Alpha itu mengakui kesilapannya kerana tidak memberitahu kepada pihak produksi tentang masalah kesihatan yang dialaminya pada minggu tersebut.
Ini kerana dia tidak mahu memberitahu kepada pihak produksi kerana dia tidak mahu masalah kesihatannya menjadi punca utama persembahan berkumpulan akan terganggu.
“Sebenarnya masalah itu datang dari saya sendiri sebab saya tidak memberitahu kepada pihak produksi. Kalau saya bagitahu mungkin mereka akan merehatkan saya dan saya taknak benda itu terjadi.
“Lagipun saya taknak apa apa yang terjadi pada kumpulan Alpha Ultra disebabkan kesihatan saya. Saya memang taknak benda itu berlaku. Saya nak semuanya sempurna segala galanya,” kongsinya.
Saksikan video temu bual eksklusif penuh di Gempak.com
Must-Watch Video