Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Apich Lo, Syafeek Ikhwan, Alif Azri Antara 6 Peserta Gagal Mara Ke The Big 12

Ainun Md Zooki 27/04/2025 | 17:34 MYT

Minggu pertama Big Stage Alpha (BSA) yang berlangsung di Shah Alam Royal Theater pada malam Ahad menyaksikan enam peserta gagal meneruskan perjuangan mereka di pentas itu.

Syafeek Ikhwan, Suff Ahmad, Ridhwan Azman, Apich Lo, Shaqeen dan Alif Azri gagal melayakkan diri selepas pusingan nyayian berkumpulan.
Sementara itu, 12 peserta yang berjaya mara adalah Ray-D, Awient, Aeril Fesol, Que, Araff, Qarl G, Afiq Sky, Ashmirul, Rizal Rashid, Izat Ibrahim, Daniel Sher dan Allen Andersn.

Untuk minggu pertama, 18 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Krisdayanti.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Elly Mazlein #Hael Husaini #Edry Abdul Halim #Rina Nose #Datuk Syafinaz #Big Stage: Alpha