Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Araff Hampir Pengsan Selepas Persembahan Berkumpulan

Ainun Md Zooki 18/05/2025 | 13:55 MYT
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Araff dilaporkan mengalami tekanan darah tinggi selepas melakukan persembahan berkumpulan.
Menurut pasukan perubatan, bintang berusia 19 tahun itu hampir pengsan selepas menyampaikan lagu Ayuh bersama ahli kumpulannya Allan Andrsn, Daniel Sher, Que dan Awient.
“Dia ada sejarah high blood sebab tu dia terkena high blood pressure,” kata pasukan perubatan ringkas.
Bagaimanapun pasukan perubatan memintanya untuk berehat seketika sebelum melakukan persembahan solo sebentar lagi.
Arraf bakal menyampaikan lagu Kau Pun Sama nyayian asal Syamel untuk persembahan solonya.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
#Pengsan #Big Stage Alpha #Araff