BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Ariel Fesol Kongsi Momen Buka Jaket Adalah Spontan - “Pihak Produksi Cakap Jangan Dekat Saya”
Bintang Big Stage Alpha (BSA) Ariel Fesol mengakui momen buka jaket di atas pentas pada minggu suku akhir itu berlaku secara spontan.
Kongsi Ariel, pada mulanya dia hanya mahu bergurau untuk buka jaketnya tetapi tindakan pelakon dari drama Dia Bukan Syurga iaitu Niezam Zaidi turut membuka jaketnya semasa melakukan babak ‘gaduh’ di atas pentas.
“Saya taktahu la momen saya buka baju tu sebab mula mula tu saya gurau gurau je lepas tu saya dengar salah seorang produksi cakap kat bawah kata jangan dekat saya.
“Apa yang buat saya buka jaket tu bila Niezam ajak gaduh dan dia buka jaket dia. Sebab tu saya buka jaket saya,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, bintang BSA turut mendedahkan bahawa dia langsung tidak dimaklumkan tentang kehadiran dua pelakon jemputan itu dalam persembahannya.
“Momen itu berlaku terlalu cepat sebenarnya. Sejujurnya, saya tidak tahu siapa yang akan keluar. Saya cuma diberitahu ada perempuan yang akan muncul atas pentas,” ujarnya.
Katanya lagi, ketika sedang fokus pada persembahannya, dia terlihat kemunculan Ezzany yang mula masuk ke pentas, dan menganggap itulah kemuncak kejutan dalam persembahannya.
“Saya sangka setakat itu sahaja kejutan persembahan saya. Tapi bila saya pusing semula, tiba-tiba ada lagi seorang pelakon lelaki masuk.
“Saya agak kabur sebab saya rabun dan malam tu pula saya tak pakai kanta lekap. Bila saya tenung betul-betul, baru saya sedar itu Niezam Zaidi,” jelasnya.
Bagimanapun, Ariel mengakui dia merupakan peminat kepada pelakon tersebut dan berasa teruja apabila dapat bergandingan secara langsung dengannya di atas pentas.
“Saya memang suka cara lakonan Niezam. Jadi bila kena play karakter bersama dia dalam persembahan tu, saya memang terus okay je untuk ‘get along’ dengan watak dia,” kongsinya.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.