gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Masih Belum Terjual, Banglo Sajat Turun Harga Lagi Kali Kelima!
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tamatkan Penantian Selama 16 Tahun, Ariel Fesol Syukur Bergelar Juara - “Ini Adalah Momen Yang Saya…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu 1
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”

gempak
Ainun Md Zooki
16/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”
Juara Big Stage Alpha (BSA) Ariel Fesol mengakui sudah meninggalkan dunia penerbangan selepas memasuki pertandingan ini.
Jelas Ariel, dia melakukan perkara tersebut kerana mahu mengejar cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi.

“Saya cuma nak jelaskan disini, saya tidak mengetepikan kerjaya yang selama ini membantu hidup saya sekarang, tetapi saya tinggalkan dunia penerbangan sebab saya cuba untuk capai impian saya,” katanya kepada Gempak.

Ariel juga menganggap bahawa penyertaannya dalam BSA sebagai permulaan baru untuk mengejar cita-citanya dalam bidang muzik.
“Mungkin ini permulaan pada segala penantian saya. Jadi, saya harapkan agar akan ada rezeki yang lebih besar di luar selepas Big Stage Alpha ini untuk saya teruskan momentum yang saya dapat di sini,” ujarnya.
Katanya lagi, dia tidak pernah lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang pernah diterima sepanjang bergelar pramugara.
Namun, minat dan cintanya terhadap muzik membuatkan dia nekad untuk mencuba nasib dalam bidang seni.

“Bukan saya tak bersyukur bila saya jadi pramugara, saya bersyukur sahaja sebab itu rezeki saya. Allah masih berikan saya rezeki itu.

“Macam macam yang saya dapat. Saya kalau boleh saya nak hidup dengan kerja yang saya suka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ariel turut menyeru peminat dan penonton untuk terus menyokong dirinya dan kumpulannya, A7PHA selepas tamatnya Big Stage Alpha.
“Saya mengharapkan supaya kali ini, bila saya masuk balik dalam industri ini dengan membawa trofi ini sebagai ticket saya, saya harap Alphanite atau mereka yang baru mengenali A7PHA atau mengenali saya Ariel Fesol, berikan sokongan yang baik untuk kita kerana saya dan ahli kumpulan yang lain semua mempunyai impian dan hasrat yang sama untuk capai impian yang sama,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Sebak Dapat Mara Ke Finale - “Ini Adalah Air Mata…”

Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Pramugara
#Impian
#Berhenti
#Kejar
#Ariel Fesol
Must-Watch Video