BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Ashmirul Reda Dengan Keputusan, Kurang Keyakinan Punca Pulang Awal - "Saya Sedikit Kecewa Bila..."
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ashmirul meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menamatkan perjuangannya lebih awal selepas namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua.
Meskipun kecewa, Ashmirul tetap bersyukur dengan peluang yang telah diberikan sepanjang penglibatannya dalam program realiti tersebut.
“Sudah semestinya saya berasa sedikit sedih kerana tidak dapat meneruskan perjuangan dalam pertandingan ini, tapi saya gembira kerana telah lakukan yang terbaik.
“Kawan-kawan saya pun nasihatkan supaya anggap program ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya seperti konsert sendiri. Jadi, saya puas hati dengan apa yang saya persembahkan,” katanya.
Ashmirul turut berkongsi bahawa antara punca utama dia tersingkir adalah kerana kurang keyakinan ketika membuat persembahan lagu berentak rancak.
Namun begitu, Ashmirul tetap berlapang dada dan menghargai setiap komen yang diterima demi memperbaiki mutu persembahannya pada masa akan datang.
“Saya sedikit kecewa apabila juri jemputan, Ajai kata saya kurang keyakinan di atas pentas. Ini kali pertama saya bawa lagu yang perlukan pergerakan, jadi saya terlalu fokus pada menjaga notasi lagu dan pergerakan tubuh hingga keyakinan saya terganggu,” jelasnya.
Meskipun membawa lagu Bunga Hati dari Salma Salsabil dengan baik, tetapi Ashmirul gagal mencuri perhatian para juri. Namun, dia tetap berterima kasih kepada Ajai yang memberikan komen yang baik untuk dirinya.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Ajai atas komen yang membina itu. Insya-Allah, kalau ada peluang selepas ini, saya akan perbaiki tahap keyakinan saya.
“Ini bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan buat perjalanan seni saya,” tambahnya.
Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher Juara Lagi, Perjalanan Ashmirul & Qarl G Terkandas Di Minggu Kedua
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Krisdayanti Beri Nasihat Buat Peserta - “Jadi Diri Sendiri & Bijak Kawal Media Sosial”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Didakwa ‘Selfish’, Allan Andersn Anggap Ridhwan Azman Sengaja Cipta ‘Kontroversi’ - “Saya Maafkan Dia Tapi…”
Must-Watch Video