gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Astro Rancang Dokumentari Eksklusif Latihan Intensif Bersama Penerbit K-Pop Terkemuka - “A7PHA Akan Diterajui Oleh…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
16/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Astro Rancang Dokumentari Eksklusif Latihan Intensif  Bersama Penerbit K-Pop Terkemuka - “A7PHA Akan Diterajui Oleh…”
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari berkongsi pihak produksi sedang merancang untuk menerbitkan sebuah dokementari buat kumpulan A7PHA.
Jelas Idlan, dokumentari tersebut bakal membawa peminat menyelusuri perjalanan mereka sepanjang berada di Korea Selatan untuk mengikuti latihan intensif di sana.

“Perjalanan mereka di Korea akan direkod dan diterbitkan sebagai sebuah program baharu di Astro, oleh pasukan produksi yang sama di sebalik Projek Bapak Bapak,” katanya kepada Gempak.

Idlan turut berkongsi selepas tamatnya Big Stage Alpha, kesemua bintang akan akan menjalani penggambaran muzik video untuk lagu debut mereka iaitu Monalisa.
Dalam pada itu, mereka juga dijadualkan untuk merakam sebuah lagi lagu pada masa terdekat.
“Selepas tamat Big Stage Alpha, mereka dijadualkan untuk menjalani penggambaran muzik video untuk lagu pertama mereka Monalisa. Mereka juga akan merakamkan sebuah lagu balada,” tambahnya.
Mengulas mengenai latihan intensif di Korea, jelas Idlan, A7PHA akan berada dibawah bimbingan penerbit muzik yang pernah menghasilkan lagu popular buat kumpulan Red Velvet dan NCT 127.

“Semasa di Korea, A7PHA akan diterajui oleh Jay Kim, bekas A&R dan penerbit di Attrakt (label untuk Fifty Fifty), yang juga pernah terlibat dalam pembikinan lagu-lagu hit seperti, Bad Boy – Red Velvet dan Favourite – NCT 127.

“Turut serta dalam projek ini ialah pengarah visual berpengalaman yang pernah bekerja dengan aespa,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher & Rizal Rasid Jadi Ramalan Untuk Rebut Gelaran Juara

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Terharu Dapat Sokongan Penuh Dari Ayah - “Ini Sebenarnya Impian…”

Topic Berkaitan
#Dokumentari
#Astro
#Kpop
#Penerbit
#Eksklusif
#Big Stage Alpha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement