#BigStageAlpha: Awienit Reda Tak Terima Imuniti X Daripada Juri - “Afiq Sky Lebih Layak Sebab…”
Bintang Big Stage (BSA), Awienit mengakui tidak mengambil hati apabila juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat tidak menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkannya daripada tersingkir di minggu suku akhir.
“Afiq Sky is very good person untuk ada dalam group compare dengan saya,” katanya kepada Gempak.
Walaupun perjuangannya dalam BSA terhenti, Awienit tetap yakin bahawa Afiq Sky mampu menyerlahkan bakatnya dalam pertandingan tersebut.
“Bila juri menggunakan imuniti x dekat Afiq Sky, saya sangat gembira sebab saya nak tengok adik saya itu melonjak menjadi salah seorang ahli kumpulan Alpha pada masa akan datang,” jelasnya.
“Saya rasa Imuniti X ini memang kena guna sebab imuniti ini hanya sekali sahaja perlu digunakan dan imuniti ini juga perlu digunakan pada orang yang betul,” ulasnya.