BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Bukan Keputusan Mudah! Permintaan OT7 Ditunaikan Selepas…

Asyraf Roslan 16/06/2025 | 02:55 MYT

Penerbit Eksekutif Big Stage Alpha (BSA), Daus Mahadi akui bukan mudah untuk pihak produksi membuat keputusan mewujudkan One True 7 (OT7).

Jelas Daus, selepas beberapa perbincangan mereka akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan peminat BSA.
“Janji tetap janji, tapi ini adalah program realiti, apa-apa sahaja boleh berlaku. Selepas beberapa perbincangan, kami akhirnya sebulat suara untuk merealisasikan OT7 seperti yang diminta oleh peminat,” jelas Daus.

Dalam pada itu, Daus akui pihak produksi tidak menyangka program hiburan ini akan mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Malah cadangan OT7 ini mula mendapat sambutan selepas Afiq Sky terselamat daripada penyingkiran.
“Sebenarnya kami tak sangka yang kami akan dapat sambutan hebat seperti ini. OT7 ini lahir selepas Afiq Sky diselamatkan, peminat tak mahu dia keluar sebab dia line up maknee.
“Jadi kami memang tak sangka dapat sambutan itu. Selepas permintaan itu dibuat berterusan selama 3 minggu, kami mengambil keputusan untuk pertimbangkan permintaan tersebut dan OT7 adalah hadiah buat peminat peminat setia big stage alpha ” ujarnya.

Daus turut berkongsi kesemua ahli kumpulan A7PHA tidak akan berehat selepas bertanding sebaliknya akan bersiap sedia untuk terbang ke Korea bagi menjalani latihan intensif sebagai persiapan ke fasa seterusnya.
“Untuk persiapan mereka selepas Big Stage, seperti yang semua tahu, mereka akan jalani latihan intensif. Kami dah lihat jadual mereka di sana memang ketat. Macam-macam kelas sudah pun disiapkan oleh pihak sana untuk mereka,” ujarnya.

#Big Stage Alpha #OT7 #A7PHA