Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Daniel Sher Juara Lagi, Perjalanan Ashmirul & Qarl G Terkandas Di Minggu Kedua

Ainun Md Zooki 04/05/2025 | 16:25 MYT

Minggu kedua Big Stage Alpha (BSA) menyaksikan dua peserta gagal meneruskan perjuangan mereka di pentas itu.

Ashmirul dan Qarl G gagal menambat hati juri menerusi persembahan solo mereka yang menyampaikan lagu Bunga Hati dan Seribu Tahun Lagi nyanyian asal Imran Ajmain.
Sementara itu, Daniel Sher masih mengekalkan kedudukannya ditangga pertama sekali gus melayakkan diri untuk mara ke minggu seterusnya.
Selain Daniel bintang BSA yang turut mara adalah Ray-D, Awient, Aeril Fesol, Que, Araff, Afiq Sky, Rizal Rashid, Izat Ibrahim dan Allen Andersn.
Anugerah ikon Perfume Paradise untuk minggu pertama pula dimenangi oleh Que.

Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Big Stage Alpha #Ashmirul #Daniel Sher #Qarl G