gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Jangan Sibuk Nak Tegur Rumah Tangga Orang Kalau…” - Che Ta ‘Geram’ Netizen Berterusan Pertikai Caranya Didik Anak
SUKAN
Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!
HIBURAN
Netizen Kurang Senang Lihat Aishah Menari, Ini Respons Tuan Badan - “Kerja Saya, Tak Suka Sila Scroll”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!

gempak
Mya Amri
17/04/2025
11:41 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!
Astro kembali dengan Big Stage Alpha iaitu edisi yang diberi nafas segar kepada konsep asal siri realiti popular Big Stage dalam musim terbaharunya.

Fenomena idol survivor

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, program ini mengikuti trend hiburan antarabangsa yang semakin mengangkat format pertandingan idola berasaskan satu jantina, Big Stage Alpha hadir sebagai respons Astro terhadap fenomena ‘idol survival’ yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

“Diinspirasikan daripada aliran program-program realiti terbesar di Asia, program ini menggabungkanpertandingan nyanyian berintensiti tinggi, naratif penuh emosi dan kuasa fandom, sekaligus meraikanbakat tempatan dalam sebuah platform produksi tempatan bertaraf antarabangsa. “Kami berharap dapat mencorak transformasi peserta, bukan sahaja melalui usaha mereka sendiri, tetapi juga dengan bimbingan serta sentuhan profesional daripada barisan pakar tempatan dan antarabangsa.

“Kami percaya inisiatif ini akan membuka ruang baharu dalam industri hiburan dan dengan penuh keterujaan, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan peserta Big Stage Alpha dalam menawan pentas dunia,” jelasnya.

Senarai lengkap 18 peserta Big Stage Alpha

Program ini tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada ‘boy group’ (kumpulan lelaki) pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian peminat.
18 peserta yang akan bersaing dalam Big Stage Alpha adalah:
1. Afiq Sky 2. Alif Azri 3. Allan Anderson 4. Ariel Fesol 5. Ashmirul 6. Araff 7. Que 8. Qarl G 9. Daniel Sher 10 .Ray-D 11. Apich Lo 12. Ridhwan Azman 13. Awienit 14. Suff Ahmed 15. Syafeek Ikhwan 16. Izat Ibrahim 17. Rizal Rasid 18. Shaqeen
Bintang-bintang ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia, membawakan kepelbagaian yang memukau dan menarik dalam persaingan ini.
Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi.
Kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Big Stage
#Big Stage 2025
#Big Stage Alpha
#Boy Group
Must-Watch Video