BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!

Mya Amri 17/04/2025 | 11:41 MYT
Astro kembali dengan Big Stage Alpha iaitu edisi yang diberi nafas segar kepada konsep asal siri realiti popular Big Stage dalam musim terbaharunya.

Fenomena idol survivor

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, program ini mengikuti trend hiburan antarabangsa yang semakin mengangkat format pertandingan idola berasaskan satu jantina, Big Stage Alpha hadir sebagai respons Astro terhadap fenomena ‘idol survival’ yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

“Diinspirasikan daripada aliran program-program realiti terbesar di Asia, program ini menggabungkan

pertandingan nyanyian berintensiti tinggi, naratif penuh emosi dan kuasa fandom, sekaligus meraikan
bakat tempatan dalam sebuah platform produksi tempatan bertaraf antarabangsa.
“Kami berharap dapat mencorak transformasi peserta, bukan sahaja melalui usaha mereka sendiri, tetapi juga dengan bimbingan serta sentuhan profesional daripada barisan pakar tempatan dan antarabangsa.
“Kami percaya inisiatif ini akan membuka ruang baharu dalam industri hiburan dan dengan penuh keterujaan, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyaksikan perjalanan peserta Big Stage Alpha dalam menawan pentas dunia,” jelasnya.

Senarai lengkap 18 peserta Big Stage Alpha

Program ini tampil dengan format all-male spin-off, menampilkan 18 bintang lelaki yang akan
bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada ‘boy group’ (kumpulan lelaki)
pertama yang bakal debut di bawah naungan Astro, ditentukan melalui gabungan markah juri dan undian
peminat.
18 peserta yang akan bersaing dalam Big Stage Alpha adalah:
1. Afiq Sky
2. Alif Azri
3. Allan Anderson
4. Ariel Fesol
5. Ashmirul
6. Araff
7. Que
8. Qarl G
9. Daniel Sher
10 .Ray-D
11. Apich Lo
12. Ridhwan Azman
13. Awienit
14. Suff Ahmed
15. Syafeek Ikhwan
16. Izat Ibrahim
17. Rizal Rasid
18. Shaqeen
Bintang-bintang ini yang berusia antara 18 hingga 37 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang
termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia, membawakan kepelbagaian yang memukau dan menarik dalam persaingan ini.
Setiap minggu, mereka akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi
berkumpulan berdasarkan tema yang diberi.
Kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria
(Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
#Big Stage #Big Stage 2025 #Big Stage Alpha #Boy Group