BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: “Doktor Cakap Tekak Saya Tengah…” - Rizal Rashid
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rashid mengakui dia mengalami masalah kesihatan ketika membuat persembahan di minggu separuh akhir
Kongsi Rizal, masalah kesihatan yang dialaminya berpunca daripada kekurangan rehat akibat jadual yang terlalu padat sepanjang minggu persiapan.
“Mungkin saya tak cukup rehat for the past few days.
“Sebab jadual kami sangat padat dan jadual tidur kami juga tidak menentu sebab ada benda benda penting yang kena selesaikan,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya lagi, dia sudah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tekaknya mengalami bengkak dan luka.
Kata Rizal, masalah itu berlaku mungkin berpunca dari tekanan vokal yang berlebihan ketika melakukan latihan nyanyian.
“Saya juga sudah pergi ke klinik dan doktor memberitahu saya tekak saya memang tengah bengkak dan luka.
“Mungkin sebab saya terlalu push untuk menyanyi. Saya juga dah ikhlaskan diri saya, no matter what happened show must goes on,” jelasnya.
Walaupun mengalami masalah kesihatan, bintang Alpha itu tidak menyangka dia mampu meraih tempat kedua untuk minggu separuh akhir ini serta menganggap itu adalah salah satu rezeki buat dirinya.
“Saya tak expect sebab saya ingatkan kesihatan saya akan beri kesan pada markah. Tapi bila dapat tahu saya berada di tempat kedua, saya sangat bersyukur.
“Bagi saya, ini rezeki saya, tapi saya tahu saya mampu buat lebih baik. Mungkin selepas ini saya boleh perbaiki apa yang kurang hari ini,” kongsinya. Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rampas Kedudukan Pertama! Daniel Sher Puas Hati Dapat Tunjuk Bakat Main Gitar Elektrik - “Saya Cuba Cari Versi…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Sebak Dapat Mara Ke Finale - “Ini Adalah Air Mata…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Mahu Keluar Dari Zon Selesa, Ray-D Puas Hati Dengan Persembahan Solo - “Saya Sedar Saya Tak…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video