gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Izat Ibrahim Tak Sangka Berjaya Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kelima - “Minggu Paling Mencabar Buat Saya”

gempak
Ainun Md Zooki
28/05/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Izat Ibrahim Tak Sangka Berjaya Rampas Kedudukan Pertama Di Minggu Kelima - “Minggu Paling Mencabar Buat Saya”
Bintang Big Stage Alpha (BSA) Izat Ibrahim meluahkan rasa gembira kerana berjaya merampas kembali kedudukan pertama di minggu kelima.
Menurut Izat, dia tidak menyangka persembahannya berjaya membuahkan hasil walaupun berdepan cabaran besar sepanjang minggu tersebut.
“Saya berasa sangat gembira dan bersyukur. Sejujurnya, saya sangat terkejut sebab saya tak sangka yang saya akan berada di kedudukan yang pertama lagi untuk kali kedua.

“Saya juga ada memberitahu yang minggu kelima ini sangat sukar untuk saya dan kumpulan kerana kami perlu membawa lagu dan tarian dari Korea.

“Saya pula tidaklah mahir dalam tarian dan nyanyian dalam bahasa Korea. Jadi, saya mengambil masa selama empat hari untuk belajar lagu Korea dan tarian,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Izat turut mendedahkan bahawa dia hanya memulakan latihan bagi lagu solonya pada hari Khamis, beberapa hari sebelum konsert berlangsung.
Tambahnya lagi, dia turut berdepan keletihan mental dan fizikal sepanjang proses persiapan.
“Saya sendiri tidak pasti sama ada saya sukar untuk mendapatkan pergerakan atau saya terlalu burn out. Tapi saya tahu, kalau saya tak dapat markah tinggi dalam persembahan berkumpulan, saya kena pastikan markah solo saya cukup untuk bantu,” jelasnya.
Saksikan video temu bual penuh di Gempak.com !
Topic Berkaitan
#Kedudukan
#Kelima
#Pertama
#Minggu
#Big Stage Alpha
#Izat Ibrahim
Must-Watch Video