Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol

Ainun Md Zooki 11/05/2025 | 16:18 MYT

Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada sebarang penyingkiran berlaku untuk minggu ketiga.

Ariel seharusnya pulang selepas menduduki di tangga tiga terbawah bersama Afiq Sky dan Allan Andersn.
Bagaimanpun, juri tetap BSA, Datuk Syafinaz Selamat meminta pihak produksi untuk memberi peluang kepada Ariel kerana melihat perkembangan yang sangat baik daripada daripadanya serta bintang-bintang yang lain.
“Saya melihat progres yang sangat baik daripada semua peserta. Saya juga mempunyai naluri seorang ibu yang ingin melihat mereka berjaya, jadi saya minta pihak produksi tolong jangan singkirkan dia,” ujarnya.
Sementara itu, Izzat Ibrahim berjaya mencantas kedudukan Daniel Sher selepas dua minggu bertahan di kedudukan pertama.
Selain Izzat turut berada di tangga tiga teratas adalah Daniel Sher dan Rizal Rashid.
Anugerah ikon Perfume Paradise untuk minggu kedua dimenangi oleh Awient.

Untuk minggu ketiga, 10 peserta BSA yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Jaclyn Victor dan Ajai.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu serta dipancarkan secara terus menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Big Stage Alpha