Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Krisdayanti Beri Nasihat Buat Peserta - “Jadi Diri Sendiri & Bijak Kawal Media Sosial”

Ainun Md Zooki 02/05/2025 | 13:55 MYT

Penyanyi Indonesia, Krisdayanti berkongsi pesanan buat semua peserta Big Stage Alpha (BSA) selepas diundang menjadi juri jemputan pada minggu lalu.

Menurut Krisdayanti, antara perkara paling penting yang perlu dititikberatkan oleh para peserta ialah kebijaksanaan dalam mengendalikan penggunaan media sosial yang kini menjadi medan utama perhatian umum.

“Pertama sekali, mereka kena bijak untuk kawal media sosial kerana tidak semua kandungan di sana layak untuk kita ‘consume’. Jadi mereka perlu jadi pengguna yang cerdas supaya tidak terperangkap dalam tekanan mengejar trend semata-mata,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, apa yang lebih utama adalah para peserta harus kekal menjadi diri sendiri dan perlu membina kekuatan mental dalam menempuh cabaran sepanjang pertandingan.
“Saya nasihatkan semua peserta untuk jadi diri sendiri. Hanya dengan itu kita boleh jadi seseorang yang hebat dan berkualiti,” jelasnya.
Melihat prestasi para peserta sepanjang menjadi juri jemputan, pelantun lagu Menghitung Hari memuji tahap kesediaan peserta yang dilihat sentiasa bersedia menerima cabaran baharu setiap minggu.
Katanya, kekuatan mental yang dibina sepanjang pertandingan akan menjadi aset berharga apabila mereka melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air.

“Apa yang saya nampak, semua peserta memang sudah bersedia. Namun mereka perlu faham cabaran dalam program ini sangat dinamik dari pasangan berbeza sehinggalah lagu berbeza setiap minggu. Jadi, mentaliti mereka perlu kuat untuk berdepan dengan situasi ini.

“Mentaliti untuk menjadi kuat dalam dunia seni akan membentuk karakter yang kuat apabila mereka bergelar juara nanti,” kongsinya.
Dalam pada itu, Krisdayanti turut memuji pendekatan baharu yang dibawa oleh pihak produksi BSA yang bertujuan mencari sebuah kumpulan lelaki untuk mewarnai industri muzik Malaysia.
Penyanyi itu juga berharap agar program tersebut mampu menjadi salah satu platform yang melahirkan kumpulan yang berkualiti yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.
“Saya sangat setuju dengan konsep baharu ini. Ia bukan sekadar ikut trend, tetapi benar-benar mahu melahirkan sebuah kumpulan lelaki yang mampu memberi impak besar dalam industri.
“Industri ini perlukan bakat-bakat baharu untuk terus meriah dan berkembang. Saya hargai usaha produksi Big Stage Alpha dan berharap mereka berjaya melahirkan sebuah kumpulan yang hebat di pentas dunia,” ulasnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Didakwa ‘Selfish’, Allan Andersn Anggap Ridhwan Azman Sengaja Cipta ‘Kontroversi’ - “Saya Maafkan Dia Tapi…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rasa ‘Ditikam Belakang’, Allan Andresn Terkilan Dengan Kenyataan Ridhwan Azman - “Saya Sangat Terkesan Sebab…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Sukar Untuk Bekerjasama, Ridhwan Azman Dakwa Allan Andersn ‘Selfish’ - “Dia Pilih Lagu Untuk Nampak Diri Seorang Saja Terbaik”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Reda Tersingkir Awal - “Mungkin Saya Tak Ditakdirkan Terkenal"

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Krisdayanti #Nasihat #Big Stage Alpha