BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Langkah Que Terhenti! Rizal Rashid Juara Minggu Keempat
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Que terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu keempat.
Que gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang membawakan lagu Satu Peluang nyanyian asal Andi Bernadi.
Selain Que, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Allan Andersn dan Awient.
Sementara itu, persembahan memukau Rizal Rashid berjaya menjadikannya juara untuk minggu keempat diikuti rapat oleh Izzat Ibrahim dan Ariel Fesol.
Anugerah ikon Perfume Paradise untuk minggu ketiga pula dimenangi oleh Awient.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.