HIBURAN
#BigStageAlpha: Mahu Keluar Dari Zon Selesa, Ray-D Puas Hati Dengan Persembahan Solo - “Saya Sedar Saya Tak…”
Bintang Big Stage Alpha, Ray-D akui berpuas hati dengan persembahannya yang membawakan lagu Sumpah nyanyian asal Naim Daniel meskipun mendapat kritikan daripada juri tetap.
Jelas Ray-D atau nama lengkapnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir meskipun agak sukar namun dia tetap cuba memberikan yang terbaik kerana mahu keluar dari zon selesa.
“Sebenarnya saya puas dengan persembahan saya sebab semasa sound check dan full dress saya boleh katakan persembahan saya teruk sangat. Tapi apa yang saya boleh katakan yang saya puas hati dengan persembahan saya.
“Sepanjang tujuh minggu saya tak pernah bawak lagu balada langsung jadi saya nak tunjukkan dekat penonton dan juri saya pun boleh nyanyi lagu balada. Saya tahu ini bukan saya punya forte tapi saya nak keluar dari zon selesa saya,” katanya.
Dalam pada itu, bintang berusia 20 tahun itu akui menerima segala komen juri dengan hati terbuka dan tidak berkecil hati, sebaliknya menjadikannya sebagai panduan untuk penambahbaikan.
“Saya tak ambil hati dengan komen-komen yang diberikan oleh juri sebab saya sedar saya tak power sangat untuk balada tapi saya cuba untuk keluar dari zon selesa saya.
“Tapi bila juri berikan komen sebegitu saya terima sahaja sebab saya tahu dimana kelemahan dan kebolehan saya,” tambahnya.
Ray-D juga berjanji akan berikan persembahan yang terbaik pada minggu akhir ini.