BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul? 7 Bintang Mara Ke Pentas Akhir
Bintang Big Stage Alpha (BSA) Araff, Afiq Sky dan Ariel Fesol menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran di minggu separuh akhir.
Keptusan itu terus memberi bayangan ketujuh tujuh peserta akan debut sebagai kumpulan Alpha.
Sementara itu, persembahan cukup memukau dari Daniel Sher yang membawa lagi Aku Skandal nyanyian asal Hujan berjaya meletakan sebagai juara untuk minggu ini.
Kedudukan itu diikuti rapat oleh Rizal Rashid dan Ray-D.

Dalam pada itu, Anugerah ikon Perfume Paradise untuk minggu ini dimenangi oleh Daniel Sher.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video